Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Sudut Bacaan: Pupuk Budaya Membaca Masyarakat

Sudut Bacaan Pupuk budaya membaca masyarakat.PNG

Oleh: Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

- PENUBUHAN lebih banyak Sudut Bacaan berkenaan secara tidak langsung memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

- DBP tidak kendur-kendur dan akan sentiasa berusaha dalam mengungkayahkan pelbagai acara dan kegiatan yang menjurus ke arah meningkatkan budaya membaca kepada segenap golongan masyarakat demi untuk melahirkan generasi modal insan kelas pertama terutama sekali dalam kalangan tunas bangsa, belia, remaja dan muda-mudi yang akan menjadi pewaris dan penghala tuju negara pada masa akan datang.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan telah menambah lagi satu Sudut Bacaan khusus untuk para pelanggan yang datang ke restoran Eat's Hot, Delima Satu.

Majlis Perasmian Sudut Bacaan Eat's Hot berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

Inisiatif berkenaan merupakan Pendekatan Senegara (Whole of Nation) KKBS melalui DBP bersama dengan rakan strategik.

Penubuhan lebih banyak Sudut Bacaan berkenaan secara tidak langsung memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

DBP tidak kendur-kendur dan akan sentiasa berusaha dalam mengungkayahkan pelbagai acara dan kegiatan yang menjurus ke arah meningkatkan budaya membaca kepada segenap golongan masyarakat demi untuk melahirkan generasi modal insan kelas pertama terutama sekali dalam kalangan tunas bangsa, belia, remaja dan muda-mudi yang akan menjadi pewaris dan penghala tuju negara pada masa akan datang.

Eat's Hot merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan yang berkualiti dengan sos pedas yang dihasilkan sendiri.

Restoran berkenaan diasaskan oleh Dayang Ida Nurhafiza binti Haji Matnoor sejak tahun 2013 dan sebelum ini hanya berniaga di rumah sahaja secara dalam talian.

DBP amat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mewujudkan Sudut Bacaan di premis masing-masing dan seterusnya bolehlah menghubungi melalui talian +673 2235501, e-mel: 'perpustakaan_bsb.dbp.gov.bn' atau IG 'perpustakaandbpbsb' bagi yang berhasrat untuk mewujudkan Sudut Bacaan.

Turut hadir, Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/14/2022 11:03 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/14/2022 11:03 AM by Nisbah Binti Hj Merusin