Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Menjejaki Kewujudan Bahasa, Kalimat Tua

Menjejaki kewujudan bahasa, kalimat tua 2.PNG

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

KUALA BELAIT, Rabu, 16 November. - Pembangunan projek penyelidikan diungkayahkan sebagai usaha untuk mengesan kewujudan bahasa dan ayat lama yang pernah dituturkan serta digunakan oleh Masyarakat Brunei untuk diperkenalkan semula melalui dokumentasi; mengetengahkan dan menyerlahkan semula bahasa dan ayat lama yang boleh diangkat serta diseragamkan dalam penggunaan bahasa Melayu pada masa kini dan akan datang; serta berusaha untuk memelihara dan mendokumentasikan khazanah seni serta budaya negara.

Sehubungan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan akan mempromosikan Projek Penyelidikan Bahasa dan Ayat Kuno sebagai satu lagi usaha untuk mengaktifkan penyelidikan budaya, seterusnya mendokumentasikan hasil koleksinya.

Projek seumpama itu diadakan di Perpustakaan DBP, Kampung Pandan, Kuala Belait dan akan dilaksanakan pada Disember 2022.

Projek Kajian Bahasa dan Ayat Lama itu dihasrat akan memfokuskan pada kajian lapangan melalui temu bual informan yang dikenal pasti dari keempat-empat daerah.

Pelaksanaan projek tersebut dirancang bermula dari November hingga Disember 2022 Penyelidikan Perpustakaan; Januari hingga Februari 2023 Penyelidikan Lapangan di Daerah Belait; Mac hingga Jun 2023 Penyelidikan Lapangan di Daerah Brunei dan Muara; Julai hingga Ogos 2023 Penyelidikan Lapangan di Daerah Temburong; dan September hingga Oktober 2023 Penyelidikan Lapangan di Daerah Tutong.

Taklimat bersama Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung serta warga emas dari empat daerah diadakan bagi memberi penerangan jelas mengenai projek penyelidikan yang sedang dilaksanakan, bagi membantu mendapatkan informan kajian di setiap daerah.

Bagi Daerah Tutong, taklimat diadakan pada Khamis, 10 November lalu, di Perpustakaan DBP, Tutong.

Sementara bagi Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Temburong, taklimat akan diadakan pada Khamis, 17 November 2022, di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas.

Hadir sebagai tetamu khas bagi setiap taklimat, seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan, Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

Manakala pengenalan pada Projek Penyelidikan Bahasa dan Ayat Lama, disampaikan oleh Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan, Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.

Seterusnya, tafsiran bahasa dan ayat lama, dijelaskan oleh Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr; dan Pakar Rujukan, Profesor Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid.

Antara objektif projek berkenaan bertujuan untuk menjejaki kewujudan bahasa dan kalimat tua yang pernah digunakan serta dituturkan oleh Masyarakat Brunei untuk diperkenalkan semula menerusi pendokumentasian.

Selain mengetengahkan dan menyerlahkan semula bahasa serta kalimat tua yang boleh diangkat dan distandardisasikan dalam penggunaan bahasa Melayu pada masa kini serta akan datang.

Sementara skop penyelidikan bagi menjejaki bahasa dan kalimat tua melalui pertuturan (tradisi lisan) daripada informan-informan, di keempat-empat daerah.

Manakala tumpuan isi pertuturan menyentuh mengenai kebudayaan Masyarakat Brunei, merangkumi adat resam, tarian, kraf tangan, pertukangan kayu dan sebagainya.

Rasional projek akan berupaya dalam melestarikan dan merevitalisasi warisan bangsa serta kearifan tempatan pengabsahan nilai-nilai kebruneian.

Bersama nilai tambah sumber rujukan dalam penyebaran ilmu kebudayaan khususnya, mencetuskan kajian dan penelitian lanjutan mengenai bahasa tua di negara ini.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/22/2022 3:56 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/22/2022 3:56 PM by Nisbah Binti Hj Merusin