Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

BERKENAN SERTAI RIADAH BERBASIKAL KELUARGA HARMONI 2018

HM rides.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas - Penerangan

Foto Mukadepan: Infofoto - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Hj Ali,  Ak Hussni bin Pg Hassan - KKBS, Ak Zainorisnan Pg Othman - Japem, Rosland Jinin - Muzium

Bandar Seri Begawan, 6 Mei 2018 2018 - Suasana di ibu negara bertambah meriah dan ceria dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bercemar duli bagi sama-sama menyertai acara kemuncak Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) tahun ini, iaitu Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni 2018.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, selaku Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja berkenan dan dijunjung bagi mendahului pelepasan acara Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni sejauh 11.490 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

Acara tersebut turut disertai oleh Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Ketua-ketua Perwakilan dari negara sahabat, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, para jemputan dan orang ramai termasuk warga asing.

Minister mingle.JPG

Riadah berbasikal menuju ke Jalan Pretty, Jalan Elizabeth Dua, Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Jalan Kianggeh, Jalan Sekolah, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Gadong, Jalan Perdana Menteri, Jalan Stadium, Jalan Pertahanan, Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien.

Selesai riadah berbasikal, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja kemudiannya berkenan menyaksikan perbarisan lalu keluarga harmoni dari empat buah kementerian, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) juga daripada ahli-ahli keluarga mereka, iaitu cucu, anak, ibu-bapa dan nenek berbasikal berserta golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan membawa alat-alat tradisi.

Special Love.JPG

Selepas itu, Kebawah DYMM serta kerabat diraja juga berkenan menyaksikan perlawanan Tarik Kalat Persahabatan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei Brunei (PDB) dengan berkesudahan seri.

Baginda seterusnya berkenan bersama-sama Pasukan Belia menyertai persembahan Tarik kalat dengan Kumpulan Menteri-menteri Kabinet yang dimenangi oleh pasukan Kebawah Duli.

Acara Perhimpunan Keluarga : Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni 2018 merupakan acara yang dianjurkan bersama oleh KKBS, KHEDN, KHEU dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan, pihak swasta badan-badan korporat serta organisasi bukan Kerajaan termasuk peringkat akar umbi.

HKK-boy with hoops.JPG HKK-selipar lipan.JPG

Kejayaan sambutan tersebut dapat dicapai secara efektif melalui pendekatan keseluruhan negara yang merangkumi seluruh lapisan masyarakat termasuk pihak bukan kerajaan atau NGOs dalam menyampaikan mesej mengenai kepentingan keharmonian keluarga dan pengukuhan institusi keluarga untuk mengatasi segala cabaran, apatah lagi jika digunapakai dalam menjayakan program-program perpaduan masyarakat serta pembangunan negara.

Dengan sambutan HKK bertemakan 'Keluargaku Penyayang, Negara Gemilang' dapat meningkatkan lagi kesedaran betapa pentingnya peranan institusi keluarga dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.

HKK-Gambar basikal.JPG


Attachments
Created at 5/8/2018 10:04 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/30/2018 10:56 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan