Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Serlah Bakat Awda Melalui Peraduan Tulis Fiksi Mini

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Infografik : Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 September. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Tulis Fiksi Mini yang akan dibukakan kepada orang ramai yang berumur 40 tahun ke bawah. Orang ramai bebas memilih tema yang bersesuaian untuk dibaca oleh masyarakat tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, kepercayaan atau agama, sosial budaya dan politik.

Peserta perlu membuat karya asli dan bukannya terjemahan, saduran, penyesuaian ataupun apa sahaja yang menyebabkannya bukan karya asli. Ia perlu ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan menggunakan sistem ejaan rumi yang digunakan pada masa ini. Ditaip jarak langkau dua baris dengan menggunakan Times New Roman dengan poin 12 dan jumlah tidak melebihi 1,000 patah perkataan.

Karya yang akan dihasilkan belum pernah diterbitkan, sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya, serta belum pernah terikat dengan mana-mana pihak untuk diterbitkan. Fiksi Mini yang terpilih akan disiarkan dalam Instagram rasmi DBP dan Majalah Bahana.

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan atau tuntutan undang-undang (hak cipta milik intelek) terhadap Fiksi Mini yang dihantar daripada orang persendirian mahupun pihak guaman dari dalam atau luar negeri sebelum atau setelah manuskrip diperadukan dicetak.

Keputusan hakim adalah muktamad. Fiksi Mini yang dihantar hendaklah disertakan dan dilengkapi dengan maklumat peribadi, iaitu nama penuh, nama pena, (jika ada) nombor kad pengenalan pintar, tarikh lahir, nombor telefon, alamat persuratan, e-mel, akaun Instagram dan Facebook.

Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat e-mel 'editor.bahana@dbp.gov.bn' tidak lewat Isnin, 26 Oktober 2020.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 9/29/2020 11:19 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 9/29/2020 11:19 AM by Nisbah Binti Hj Merusin