Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Ketengahkan Warisan, Budaya Brunei

Berita dan Foto : Ihsan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampung Pandan

KUALA BELAIT, Selasa, 13 Oktober. - Pelajar-pelajar dari Pusat Ehsan Kuala Belait hari ini berkesempatan menyaksikan aktiviti Kenali Warisan Kitani yang dianjurkan oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampung Pandan, di sini.

Pada program tersebut, pelbagai aktiviti diadakan bagi memberikan pendedahan dan memperkenalkan permainan tradisi Brunei kepada generasi masa kini.

Para pelajar tersebut juga berkesempatan mencuba pelbagai permainan tradisi, antaranya Tinting, Simban, Talang Gatah, Inambang dan Congkak.

Selain itu, turut diketengahkan ialah persembahan seni silat, permainan hadrah dan gulintangan, di samping lagu-lagu tradisional Brunei.

Dengan adanya aktiviti seumpama ini, ia memberikan peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri permainan tradisi yang semakin kurang dimainkan oleh golongan muda, di mana mereka ini banyak terdedah dengan permainan dalam talian mahupun permainan video.

Dalam pada itu, ia juga memberikan pendedahan kepada mereka berhubung seni kebudayaan yang terdapat di negara ini.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 10/14/2020 3:13 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 10/14/2020 3:13 PM by Nisbah Binti Hj Merusin