|

Bahagian Pembangunan Belia
Bidang Tugas dan Tanggungjawab
- Menyelaras Jabatan Belia dan Sukan, Pusat Pembangunan Belia dan Outward Bound Brunei Darussalam
- Menjadi ‘Focal point’ hal ehwal belia dan sukan bagi semua agensi-agensi Kerajaan, bukan Kerajaan dan NGO’s di peringkat Kebangsaan, Serantau dan Antarabangsa
- Menyelaras Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan : Lembaga Pusat Pebangunan Belia, Hari Belia Kebangsaan; Pemilihan Atlit; Skim Penggalak kecemelangan Sukan; Anti-Doping, Disiplin Atlit.
- Memantau perlaksanan Dasar Sukan Negara, Dasar Belia Negara dan Rancangan Strategik
Fungsi Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan
- Menyampaikan dasar yang berkaitan dengan belia dan sukan kepada agensi pelaksana;
- Meneliti cadangan-cadangan daripada agensi pelaksana belia dan sukan;
- Meneliti kewangan yang berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan termasuk penyertaan Negara Brunei Darussalam ke sukan-sukan Serantau dan Antarabangsa;
- Memantau program yang telah dijalankan oleh agensi pelaksana belia dan sukan;
- Merancang pembangunan dan perkembangan belia dan sukan termasuk Rancangan Kemajuan Negara (RKN), peruntukan kewangan, Pelan Strategik, perancangan jangka
- pendek dan jangka panjang;
- Memberikan ‘guidelines’ dan menjadi pakar rujuk kepada hal ehwal belia dan sukan
- Menangani apa-apa jua sahaja yang berkaitan dengan hal ehwal belia dan sukan.
Dasar Belia Negara
- Diluluskan pada tahun 2002
- Definisi belia – 15 hingga 40 tahun
- Mengandungi 6 bidang strategi
- Pendidikan dan Perkembangan Diri
- Pekerjaan dan Latihan Belia
- Kepimpinan
- Daya Usaha
- Persefahaman Antarabangsa
- Perkhidmatan kepada Orang Lain dan Negara
|
|
|
|
|
|
|