Diari Kementerian
12 OKTOBER 2010, SELASA
8.30 Pagi - Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2010 dengan tema “Bahasa Jiwa Bangsa”, bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas.
9.15 Pagi - Yang Mulia Setiausaha Tetap (Kebudayaan & Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal akan menghadiri Program Titian Budaya di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, pada 15 – 17 Oktober 2010, di Kuala Lumpur, Malaysia. Yang Mulia Dato SUT dijangka bertolak.
13 OKTOBER 2010, RABU
7.05 Malam - Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah akan menghadiri Program Titian Budaya di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, pada 15 – 17 Oktober 2010, di Kuala Lumpur, Malaysia. Yang Berhormat Pehin Menteri dijangka bertolak.
16 OKTOBER 2010, SABTU
8.30 Pagi - Yang Mulia Pemangku Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datin Dayang Hajah Adina bte Othman akan menjadi Tetamu Kehormat di Kejohanan Basketball, bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas.
17 OKTOBER 2010, AHAD
5.50 Petang - Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Yang Mulia Setiausaha Tetap (Kebudayaan & Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal akan balik ke tanah air setelah menghadiri Program Titian Budaya di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 15 – 17 Oktober 2010. Yang Berhormat Pehin Menteri dan Yang Mulia Dato SUT dijangka tiba.