Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Outward  Bound  Brunei  Darussalam

         

 

Motto

Berbakti, Berusaha, Berjaya

 

Visi

Belia Cemerlang

 

Misi

Memantapkan Jati Diri rakyat Brunei khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraa kearah menyumbangkan kepada pembangunan Negara

Membentuk Peribadi Rakyat Brunei, khususnya para belia, melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan dan memupuk :

  • Sifat berdikari
  • Kepintaran
  • Disiplin
  • Sifat bertanggungjawab
  • Tekad untuk berjaya
  • Kepimpinan; dan
  • Keupayaan bekerja secara berpasukan

 

 

Matlamat

Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyarakat yang dinamik.

Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui latihan :

  • Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan

  • Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi

  • Disiplin, sifat bertanggungjawab, tekad untuk berjaya

  • Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan

  • Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal

  • Sikap penyayang dan bertimbang rasa sesama manusia

  • Semangat kejiranan dan kesetiaan kepada Agama, Raja dan Negara

 

Faktor-faktor Kejayaan Kritikal

  • Tenaga kerja berkebolehan (kompeten)
  • Kewangan
  • Proses
  • Perkhidmatan
  • Persekitaran
  • Prasarana dan Peralatan

 


Peserta

Kursus Outward Bound keseluruhannya direka untuk peserta berumur diantara 15 tahun - 55 tahun. Aturcara program akan disesuaikan dengan "matlamat" kursus, keadaan mental dan fisikal peserta.

 

Kegiatan

Outward Bound Brunei Darussalam atau Pusat Pembinaan Jati Diri mengendalikan program latihan yang bersesuaian, berkesan dan berkualiti.

Setiap kegiatan di Outward Bound memberikan peluang pembelajaran bagi peserta. Peserta perlu membuat penilaian, keputusan, tindakan, bertanggungjawab, mempelajari kemahiran baru dan bekerja secara berpasukan. Kegiatan-kegiatan tersebut ialah :-

  • Mendaki Curam
  • Inisiatif dan Mengatasi Masalah
  • Cabaran Tali
  • Turun Curam Menggunakan Tali
  • Berkanu dan Berakit
  • Ekspedisi Merentas Hutan
  • Perkhemahan Solo

 

Kemudahan

  • Latihan yang diiktiraf
  • Pusat Perubatan
  • Penginapan yang boleh menampung 80 peserta

 


Keselamatan

Tahap keselamatan yang maksimum sentiasa diutamakan melalui dasar-dasar berikut :

  • Kemudahan latihan adalah di iktiraf keselamatannya mengikut piawaian antarabangsa.

  • Jurulatih-jurulatih adalah cekap, berkelayakan dan di iktiraf dalam Pertolongan Cemas dan menyelamat jiwa.

  • Peserta di latih dalam kumpulan 16 peserta diawasi oleh 2 Jurulatih.

  • Peserta menjalani pemeriksaan perubatan dan kesihatan terperinci sebelum menghadiri kursus.

  • Peraturan dan garispandu keselamatan latihan di kuatkuasakan dengan ketat.

  • Pemeriksaan keselamatan-keselamatan dalaman di buat setiap tahun.

  • Pengendalian pemeriksaan bebas terhadap keselamatan.

  • Perkhidmatan Medik yang berkelayakan dan terlatih bertugas selama 24 jam.

  • Sistem pemindahan kecemasan dengan kerjasama Tentera Udara, Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei.

  • Rangkaian perhubungan 'VHF' bagi membolehkan perhubungan dengan pihak-pihak tertentu.

 

 

Penyertaan

Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi:-

OUTWARD BOUND BRUNEI DARUSSALAM (OBBD)

Tel No: 2382970/2382971
Fax No: 2382972
Email:
obbd@brunet.bn