Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

 

Terbaru

 

 

 

 

SEJARAH   RINGKAS

 

Negara Brunei Darussalam mencapai semula taraf kemerdekaannya sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat pada 1 Januari 1984. Bagi melicinkan serta mengesankan lagi sistem pentadbiran dan pengurusan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan penubuhan beberapa buah kementerian termasuk Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Pada awal penubuhannya terdapat enam buah jabatan yang bergerak di bawah Kementerian ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Kebajikan Belia dan Sukan, Muzium-Muzium, Penerangan, Pusat Sejarah dan Radio dan Televisyen. Jabatan Penerangan dan Jabatan Radio dan Televisyen dicantumkan menjadi sebuah Jabatan pada 1 Disember 1985. Jabatan ini kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri mulai 21 Oktober 1986.

Mulai 1 Februari 1993 satu lagi perubahan organisasi berlaku pada Kementerian ini apabila Bahagian Kebajikan dan Pencen-Pencen dipisahkan daripada Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan untuk menjadi Unit Perkhidmatan Hal Ehwal Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Pada 8 Julai 2002, Unit Perkhidmatan Hal Ehwal Masyarakat telahpun dinaikkan taraf menjadi Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).  Mulai dari ini juga, jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kementerian ini bertambah menjadi 5 buah jabatan iaitu Jabatan Belia dan Sukan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Muzium-Muzium, Pusat Sejarah dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.