Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

 

Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VISI  / MISI 

Jabatan Belia dan Sukan 

 

 

 

Misi

"Mengwujudkan dan membangun masyarakat Brunei ke arah kecemerlangan melalui program-program Belia dan Sukan"

 

 

       Matlamat

  • Menanamkan semangat kebangsaan dan mendukung kerasmian Ugama Islam untuk menjadi amalan dalam kehidupan lengkap belia sesuai dengan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja dan Perlembagaan Negara.

  • Menanam dan mengukuhkan masyarakat yang bersepadu melalui program-program yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja.

  • Memperkembangkan di kalangan belia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta menanamkan dalam diri belia sikap dan kualiti bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, serta dapat menyesuaikan diri dan berdikari bagi pembangunan negara disamping mengukuhkan kepaduan negara.

  • Meningkatkan profail belia melalui penyertaan belia di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

  • Membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada Falsafah Negara, Melayu Islam Beraja .

  • Melahirkan ahli-ahli sukan Elit dan berprestasi tinggi bagi penyertaan sukan-sukan serantau dan antarabangsa.

  • Menjadikan aktiviti Sukan sebagai satu kaedah pembangunan sosial, menggalakkan pergaulan, persaingan sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri melalui penyertaan aktiviti Sukan Untuk Masyarakat.

  • Mempertingkatkan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia di seluruh negara.
     

 

 

 

Objektif

 

  • Membentuk belia akan lebih bertanggungjawab kepada Ugama, Raja, Bangsa dan Negara.

  • Menyediakan program yang berbentuk latihan kepimpinan, kemahiran serta menyusun rancangan yang berasaskan wawasan yang sihat dengan berpandukan kehendak belia dan aspirasi negara.

  • Menyediakan program perkembangan dan pembangunan belia bagi menimbulkan kepercayaan diri sendiri serta menanamkan sikap kesukarelawanan dikalangan belia.

  • Membolehkan belia memperkembangkan kesedaran dan persefahaman antara bangsa, supaya menyedari kedudukan Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN, Serantau Asia, Komanwel, dan antarabangsa dengan penyertaan belia dalam latihan, seminar, perkhemahan, pertandingan dan pertukaran program dua hala atau serantau di luar negara.

  • Membanyakkan bilangan masyarakat yang melibatkan diri secara langsung pada kegiatan riadah dan sukan untuk masyarakat dengan menyediakan prasarana dan program-program sukan yang tersusun, terancang, terpimpin melalui temasya/pesta dan pertandingan.

  • Menggalak dan mewujudkan peluang kearah mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa.

  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan dalam kegiatan belia dan sukan.

  • Menyediakan, menggalakkan penggunaan prasarana dan memastikan prasarana kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia di seluruh negara pada tahap yang memuaskan sama ada dari segi keramaian penggunaannya dan keadaan pemeliharaannya.
     

 

 

Peranan

 

Peranan dan fungsi Jabatan Belia dan Sukan (Sejak 1 April 1993) dikenali sebagai Jabatan Belia dan Sukan) adalah:

  • Mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan (Kebajikan) belia dan sukan.

  • Mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan belia dan sukan.

  • Merancang dan memajukan sukan secara terpimpin dan terkenal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatupadu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan negara.

  • Mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti belia dan sukan.




     

Tugas dan Tanggungjawab

  • Merancang, mengawal, mempimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan kegiatan-kegiatan belia demi untuk membina belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdikari, bernilai positif dan bersedia menyahut seruan pembangunan negara.

  • Merancang, menyusun dan mengawal program-program sukan untuk membentuk masyarakat cergas, sihat, berdisiplin, dinamik, tahan lasak dan berdikari dan secara langsung untuk menuju ke arah pencapaian kecemerlangan sukan.

  • Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur, seperti venue-venue sukan, pusat-pusat belia dan bantuan-bantuan kewangan serta khidmat nasihat kepada persatuan-persatuan belia dan persatuan-persatuan sukan.

  • Merancang latihan-latihan sivik, tata negara, kepimpinan, motivasi dan pendedahan para belia serta bantuan jurulatih bagi memperbaiki mutu kesukanan kepada atlet sukan.
     

 

 

Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal

 

  • Tenaga kerja yang berkebolehan dan komited

  • Sistem Pentadbiran dan Pengurusan yang berkesan

  • Kerjasama yang lebih erat dengan Agensi-Agensi Kerajaan dan Badan-Badan Sukarela

  • Penjagaan dan Pemuliharaan kemudahan-kemudahan belia dan sukan ketahap yang memuaskan

  • Mekanisma maklum balas awam yang efektif