Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

 

Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VISI  / MISI 

Jabatan Pusat Sejarah 

 

 

Misi

"Pusat Sejarah sebagai Pusat Sumber Persejarahan Brunei Darussalam"

  • Penyelidikan Sejarah

  • Pengumpulan Sejarah

  • Dokumentari Sejarah

  • Rujukan Sejarah

  • Penerbitan Sejarah

  • Pameran Sejarah

 

 

 

Dasar Penubuhan

 

Pusat Sejarah Brunei ditubuhkan berdasarkan kepada titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Memorandum Menteri Besar Brunei Bil: SUK. 06/84/82 bertarikh 26 Januari 1982, Memorandum Pusat Sejarah Bil: 6/PS/KT.1/82 bertarikh 4 Februari 1982, dan Memorandum Setiausaha Kerajaan Brunei Bil: (19) SUK. 06/85/82 bertarikh 20 April 1982.

Tujuan dan Dasar penubuhan Pusat Sejarah yang diperkenankan adalah seperti berikut:

  • Menyelidik dan menyusun Susur-galur Keluarga Diraja dan sejarah Sultan-Sultan Brunei.

  • Menyelidik dan menyusun riwayat Pembesar-Pembesar dan Orang-Orang Yang Ternama Yang Perwira di dalam Negara Brunei Darussalam.

  • Mengumpul dan menyimpan bahan-bahan Sejarah Brunei dan yang berkaitan dengannya untuk pengkajian, rujukan dan dibukukan.

  • Mengusahakan penemuan semula kesan-kesan sejarah bagi mengetahui kandungan untuk dijadikan sumber pengkajian.

  • Mengumpulkan hasil-hasil penulisan sejarah mengenai Brunei untuk simpanan dan kajian serta penyelarasan bagi sebarang penyelewangan dari perkara-perkara yang sebenar.

  • Mengadakan pameran yang berhubung dengan persejarahan Brunei untuk memberi kefahaman kepada orang terhadap perkembangan sejarah tanahair.

  • Memperkenalkan kemasyhuran dalam sejarah kepada umum sama ada di dalam mahupun di luar negeri.
     

 

 

Matlamat

Dalam usaha melaksanakan Tujuan Dasar Penubuhan Pusat Sejarah telah mengaturkan matlamatnya seperti berikut:

  • Menyelidik dan mengkaji segala aspek sumber persejarahan Brunei.

  • Mengumpulkan dan mengusahakan penemuan bahan-bahan persejarahan Brunei di dalam dan luar negeri.

  • Menerbitkan bahan-bahan persejarahan Brunei.

  • Mempamerkan penemuan-penemuan dan kesan-kesan sejarah Brunei.

  • Menjadikan Pusat Sejarah sebagai Pusat rujukan yang Autoritif.
     

 

 

 

Objektif

 

Berdasarkan matlamat, Jabatan Pusat Sejarah telah mengaturkan objektif-objektifnya seperti berikut:

  • Menyelidik, dan mengkaji serta menyusun dan mendokumentasi perolehan penyelidikan dan segala aspek persejarahan negara terutama mengenai Salasilah Raja-Raja Brunei dan Pembesar-Pembesar Negara Yang Perwira berlandaskan aspirasi negara supaya penghasilan bahan-bahan yang didapati daripada usaha ini berfaedah kepada pengkajian, rujukan dan penerbitan.

  • Mengumpul, menyimpan dan mengusahakan penemuan semula bahan-bahan dan rekod-rekod persejarahan Brunei di dalam dan di luar Negeri yang dihasratkan supaya dapat memberikan informasi dan maklumat yang berfaedah kepada rakyat dan penduduk Brunei terutama kepada generasi muda supaya sentiasa peka dan memahami akan kepentingan sejarah dalam pembangunan dan perkembangan negara, bangsa dan agama.

  • Menjadikan hasil perolehan sumber kajian dan penyelidikan sejarah Brunei sebagai bahan rujukan untuk penulisan dan penerbitan buku-buku supaya maklumat dan pengetahuan yang diperolehi itu dapat disebarluaskan kepada umum dengan tujuan bagi memberi gambaran fakta yang sebenar mengenai sejarah negara dan bangsa Brunei agar tidak diselewengkan oleh penulis-penulis asing.

  • Mengadakan pameran persejarahan Brunei dan satu zaman ke satu zaman dengan cara penglihatan (visual) supaya mudah difahami dengan jelas isi kandungannya agar semangat kebruneian yang berbalankan taat selia dan perasaan kasih sayang kepada Raja yang telah dipusakai turun menurun oleh rakyat dan penduduk Brunei ini akan sentiasa subur dan kukuh sehingga dapat menimbulkan rasa kesedaran berbangsa dan bernegara.

  • Segala kesan persejarahan yang bersangkutan dengan Brunei akan diselidik dan dikaji untuk dikumpul dan didokumentai supaya Pusat Sejarah dapat menjadi pusat Sumber Penyelidikan Persejarahan Negara Brunei Darussalam agar maklumat-maklumat yang didapati itu menggambarkan persejarahan yang sebenar dan tidak dapat diselewengkan kesahihannya.

     

 

 

Strategi

 

Dalam menghadapi tugas-tugas dan peranan Jabatan ini sebagai Pusat Persejarahan Brunei; dan meningkatkan usaha kearah pencapaian dasar dan matlamat yang dituju, Jabatan Pusat Sejarah telah mengaturkan strateginya seperti berikut:

  • Mengadakan Kumpulan Tindakan (Action Team) dan Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) sebagai budaya kerja memantap dan memajukan perlaksanaan tugas-tugas dan tanggungjawab kearah pencapaian dasar dan matlamat Jabatan.

  • Mengadakan penyelidikan dan pengumpulan bahan-bahan sumber sejarah Brunei ke tempat-tempat yang dikenalpasti dari maklumat-maklumat yang diperolehi samaada dari dalam atau di luar negeri.

  • Meninggikan ilmu pengetahuan pegawai-pegawai dan kakitangan yang berkebolehan di bidang sejarah dan tugas-tugas khusus mereka yang berkenaan dengan memberi peluang untuk mereka berkursus melalui kemudahan-kemudahan latihan yang dihulurkan pada masa ini.

  • Memberikan latihan dan tunjuk-ajar kepada pegawai dan kakitangan yang diperlukan oleh Jabatan ini dengan mendatangkan pakar.

  • Merancang dan mengenal pasti keperluan Sumber-Tenaga Manusia yang masih kurang di bidang-bidang khusus dengan sejarah dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya bagi menangani dasar penubuhan Jabatan ini.

  • Mengadakan kemudahan Teknologi Maklumat (IT) secara berperingkat bagi keperluan perhubungan penyelidikan dengan luar; kemudahan bagi para penyelidik; dan penyimpanan bahan-bahan sejarah; dokumen-dokumen, salasilah, data-data dan rekod sumber yang teratur secara berkomputer supaya mudah dirujuk.

  • Mengadakan usaha-usaha yang berterusan bagi mengumpul dan menyelidik bahan-bahan Sejarah Brunei di dalam dan di luar negeri untuk dijadikan bahansumber penyelidikan dan penulisan.

  • Mengadakan peraduan menulis rencana/artikel/essei dan lain-lain mengenai sejarah Brunei dari semasa ke semasa untuk memperbanyakkan sumber-sumber persejarahan Brunei.

  • Mengadakan projek/kegiatan-kegiatan seperti ceramah, seminar, forum, kursus atau bengkel yang berkaitan dengan persejarahan Brunei.

  • Mengadakan pameran bersempena sesuatu peristiwa yang bersejarah / penemuan-penemuan penyelidikan.

  • Menerbit dan mencetak serta berusaha menterjemah perolehan sumber-sumber kajian dan penyelidikan persejarahan Brunei untuk rujukan.

  • Menambah dan mengubahsuai bangunan Jabatan bagi mengatasi kesempitan untuk bilik-bilik pegawai, ruang bilik kerja dan tempat rujukan serta Balai Pameran.






     

Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal

 

  • Proses

  • Perkembangan Sumber Tenaga Manusia

  • Peralatan

  • Bahan

  • Penarikan/ Hasil-Hasil menguntungkan