Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

 

Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VISI  / MISI 

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan 

 

 

Visi

"Bangsa Brunei Yang Cemerlang"

 

 

Misi

"Mencanai Masyarakat Cemerlang Yang Beragama, Berbudaya, Penyayang, Cerdas, Bersatu Padu, Dinamik dan Berwawasan"

 

 

Matlamat

 

  • Memberikan hala-tuju  yang jelas dan bermakna kepada masyarakat melalui kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

  • Memupuk masyarakat penyayang dan prihatin.

  • Meningkatkan semangat kesukarelaan.

  • Menyemai semangat kekitaan dan patriotisme.

  • Membentuk masyarakat yang cergas, cerdas, bermaklumat, berdaya tahan, sihat dan seimbang.

  • Mengadakan panduan nasional yang menyeluruh bagi membolehkan pembentukan masyarakat yang memiliki jatidiri tulen berasaskan falsafah Negara.

 

 

 

Objektif

 

Menjelang Tahun 2015 KKBS telah :

  • Mempunyai dasar dan panduan nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

  • Berupaya meningkatkan penyertaan aktif rnasyarakat dalarn menangani hal-hal Kebajikan, Kemasyarakatan, Kebudayaan, Kebeliaan dan Kesukanan.

  • Membudayakan semangat kesukarelaan dan berdikari di kalangan semua peringkat masyarakat.

  • Melibatkan secara aktif berbagai agensi dalam mengukuhkan nilai-nilai patriotisme, keusahawanan dan semangat kekitaan dikalangan masyarakat khususnya belia.

  • Memiliki prasarana dan kemudahan asas dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan diseluruh negara.

  • Sama-sama berupaya meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap falsafah Negara.

  • Berupaya mencipta persekitaran yang kondusif bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berbudaya tinggi.
     

 

 

Rancangan Strategi

 

  • Menggubal dan melaksanakan Dasar dan Panduan Nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

  • Mengadakan program-program yang dapat menjana penglibatan masyarakat dalam bidang kebajikan, kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.

  • Meningkatkan rangkaian dan perkongsian pintar *dalam semua bidang.

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai murni dan luhur termasuk Semangat Kesukarelaan.

  • Memperkasa agensi-agensi dan semua peringkat masyarakat dalam bidang-bidang Kebudayaan, Kesukanan, Kebeliaan dan Kemasyarakatan.

  • Meningkatkan kerjasama yang bersepadu di antara semua agensi dan semua peringkat masyarakat dalam semua bidang.

  • Memperkasa belia melalui penyediaan kemudahan latihan dan rancangan pembinaan diri.Meningkatkan penglibatan orang ramai dalam Sukan untuk Masyarakat dan Sukan untuk Kecemerlangan.

     

 

Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal

  • Tenaga Kerja Yang Berkebolehan (Competent) - berkelayakan, didikasi, mahir, komited, yakin, profesionalisme, perkongsian kebersamaan nilai (shared values) dll.

  • Sistem Pengurusan Yang Berkesan - Pensejajaran dan koordinasi bagi KKC, MPK, TPOR dan lain-lain.

  • Peruntukkan - Kewangan yang mencukupi dan fasilitas prasarana terkini.

  • Jaringan (Networking) Berkesan Dan Efisen Dengan Rakan Kerja (Stakeholders) KKBS.

  • Perkongisan Kebersamaan Nilai (shared values).

  • Latihan Profesionalisme Yang Berterusan Dalam Pelbagai Bidang Kepakaran.

 

 

Nilai-Nilai Utama Organisasi

 

BERDASARKAN RUKUN AKHLAK DAN ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM
 

  • Bersih, jujur dan amanah

  • Cekap, cepat dan tepat

  • Titih, lutanan dan menghargai masa

  • Berilmu, kreatif dan inovatif

  • Beriltizam,keterbukaan dan bertanggungjawab

  • Sabar, tabah dan bersopan

  • Teladan dan Kepimpinan terbaik

  • Setiakawan, syura dan bermuafakat

  • Berjimat cermat

  • Pemedulian

  • Kesejagatan (keuniversalan)

  • Berdayasaing

  • Profesionalisme

  • Penurunan kuasa (empowerment)

  • Kesedarhanaan (moderation, wasathiyah, non-extreme)

  • Berbaik Sangka (toleransi, tasammuh)

  • Penyayang

  • Kerja Berkumpulan

  • Hormat Menghormati

  • Bermotivasi