Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

 

Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VISI  / MISI 

Jabatan Pembangunan Masyarakat

 

 

Visi

"Kearah individu yang penyayang, bertanggungjawab, berdikari dan tahan"

 

 

Misi

"Mengukuhkan keupayaan individu dalam menghadapi cabaran sosio-ekonomi masa kini dan akan datang"

 

 

Matlamat

 

  • Meningkatkan kesejahteraan individu

  • Meningkatkan ketahanan dan kebertanggungjawaban individu

  • Meningkatkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal, mental dan kewangan 

  • Meningkatkan sikap berdikari dan bantu diri di kalangan keluarga dan masyarakat 

  • Membina individu yang bertanggungjawab dan seterusnya mengalihkan beban kewangan yang dipikul oleh kerajaan kebahu keluarga dan masyarakat di masa hadapan 

  • Membina masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab untuk ketahanan dan survival keluarga 

  • Mengukuhkan unit keluarga sebagai asas kekuatan dan keteguhan masyarakat 

  • Menanamkan ke dalam diri kanak-kanak sejak ia lahir akan nilai ketulusan berkeluarga sebagai nilai yang luhur dan seterusnya memelihara konsep keluarga sebagai jaminan yang terbaik bagi ahli-ahlinya 

  • Memberi bantuan dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan untuk membantu diri mereka sendiri 

  • Membenteras penyakit sosial

  • Meningkatkan penyertaan yang luas di kalangan masyarakat, badan-badan sukarela dan sektor swasta dalam memberikan perkhidmatan masyarakat

  • Meningkatkan semangat kesukarelawan sebagai cara hidup masyarakat Brunei

 

 

 

Tugas dan Tanggungjawab

 

  • Mengendalikan perkhidmatan yang berhubungkait dengan keluarga dan kanak-kanak seperti permohonan anak angkat, anak yatim, masalah gadis yang terdedah kepada bahaya moral, penderaan isteri dan anak-anak serta lain-lain masalah rumahtangga.

  • Mengendalikan perkhidmatan yang berhubungkait dengan hal ehwal orang-orang kurang upaya seperti menyediakan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan; mengendalikan permohonan pekerjaan daripada orang-orang susah dan juga perkhidmatan pemulihan akhlak.

  • Mengendalikan perkhidmatan kebajikan am seperti memberikan bantuan kebajikan bulanan kepada balu-balu, janda, anak yatim dan orang-orang susah yang mengalami keuzuran kerana sakit dan kurang upaya baik dari segi mental atau fizikal. Unit ini juga menyediakan bantuan sertamerta kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti bantuan makanan dan pakaian. Unit juga bertindak untuk membuat sokongan terhadap mangsa yang terlibat kepada pihak yang berkenaan bagi sumbangan derma dan seumpamanya.

  • Mengendalikan tabung-tabung kebajikan peringkat kebangsaan seperti Tabung Anak-Anak Yatim, Tabung Orang-Orang Cacat, Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan dan Tabung Orang-Orang Buta.

  • Mengendalikan permohonan dan pembayaran pencen bagi orang tua yang berumur 60 tahun ke atas dan elaun bagi orang-orang cacat (tidak upaya) seperti dalam Akta Pencen-Pencen Umur Tua dan Tidak Upaya 1954.

  • Menjadi urusetia kepada beberapa jawatankuasa yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan seperti Jawatankuasa Bertindak ke atas penderaan kanak-kanak dan keganasan rumahtangga, bantuan atau derma kepada mangsa-mangsa bencana alam dan Jawatankuasa Kebangsaan Rancangan Bertindak Bagi Pembangunan sosial.

  • Menjadi penyelaras atau focal point kepada pertubuhan-pertubuhan wanita di Negara Brunei Darussalam.Menjadi penyelaras dalam perlaksanaan program-program yang diusahakan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan Women In Development, Convention On The Rights Of The Child, Plan Of Action For The Disabled, ASEAN Women Programme (AWP), Social Development Programme, Plan Of Action For The Elderly, International Year Of The Family dan beberapa pertubuhan lain yang berkaitan.

 

 

Matalamat Strategi

 

  • Memastikan perbelanjaan kerajaan dalam pemberian bantuan kebajikan tidak akan bertambah. 

  • Mengurangkan jumlah penerima bantuan kebajikan sebanyak 5% untuk membolehkan mereka berusaha.

  • Menambah 10 penyertaan badan-badan bukan kerajaan dan sektor swasta dalam program dan aktiviti kemasyarakatan. 

  • Mengurangkan 5% dari jumlah pesalah-pesalah belia, penyalahgunaan dadah, menghidu gam hamil di bawah umur, sumbang mahram dan lain-lain penyakit sosial. 

  • Meningkatkan ruang lingkup perkhidmatan kaunseling kepada 30%. 

  • Mengadakan jerayawara mengenai isu sosial sekurang-kurangnya meliputi 50% daripadajumlah sekolah, pertubuhan wanita, belia daTI sukarela daTI agensi kerajaan. 

  • Menubuhkan pangkalan data bagi orang-orang kurang upaya. 

  • Membina dua pusat pemulihan kekal bagi remaja lelaki dan perempuan. 

  • Meningkatkan sistem pembayaran pencen dan bantuan kebajikan melalui kumputer. 

  • Memperkenalkan pendekatan terbaru ke atas penyampaian perkhidmatan sosial. 

  • Mengadakan perkhidmatan yang berasaskan gender melalui penyediaan kemudahan pusat jagaan harian di tempat kerja. 

  • Menyediakan program perkembangan kakitangan. 

  • Meningkatkan kakitangan yang sihat di segi fizikal dan mental, berdisiplin, bertanggungjawab dan komited. 

  • Memastikan sekurang-kurangnya 50% dari bangunan dan pengangkutan awam. 

  • Mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. 

  • Menggunakan sepenuhnya dana derma. 

  • Mengenal pasti pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, Perniagaan dan dana yang berpotensi. 

  • Mengenal pasti projek dan program yang boleh ditaja oleh badan-badan berkenaan. 

  • Jumlah badan-badan perniagaan, sukarela dan dana yang menyertai program berkenaan. 

  • Jumlah peruntukan kerajaan yang boleh dikurangkan. 

  • 30% dari kos untuk membiayai projek dan program yang telah dikenalpasti akan ditaja oleh badan-badan berkenaan.

 

 

 

Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal

  • Kakitangan yang sihat di segi fizikal dan mental, bertanggungjawab dan komited.

  • Kakitangan yang dilengkapi dengan ilmu dan berpengetahuan. 

  • Sokongan dan dokongan yang kukuh dari rakan kongsi. 

  • Perkhidmatan yang berkualiti berasaskan pelanggan. 

  • Peruntukan yang mencukupi.