Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

 

Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VISI  / MISI 

Jabatan Muzium-Muzium Brunei

 

 

Motto

"Muzium-Muzium Brunei : Gedung Warisan Negara"

 

Misi

"Untuk melindungi serta memelihara warisan negara dengan tujuan menggalakkan pendidikan dan merangsang minat serta cinta dan menghargai warisan negara."

 

Matlamat 

"Untuk merekod dan memelihara warisan budaya dan alam semulajadi Brunei dan menjadikannya sebagai sebuah pusat pembelajaran."

 

Objektif

  • Penyelidikan

    Merancang dan menggalak penyelidikan yang boleh menyumbang kearah pengetahuan warisan budaya dan alam semula jadi Brunei Darussalam.

     

  • Koleksi Rujukan

    Mengumpul dan memelihara secara sistematik akan bahan-bahan yang merekod warisan budaya dan alam semula jadi Brunei Darussalam.

     

  • Pendidikan

    Penyebaran pengetahuan mengenai Brunei Darussalam melalui pameran, penerbitan dan ceramah umum.

     

  • Pemeliharaan

    Untuk menjaga dan memelihara warisan budaya dan alam semula jadi Brunei Darussalam.

 

 

Tugas dan Tanggungjawab Jabatan

 

  • Merekod, mendokumentasi, memelihara, memulihara dan mempamer serta menyebarluaskan hasil penyelidikan dan koleksi warisan budaya dan alam semula jadi (flora dan fauna) Brunei Darussalam

  • Menjalan dan menguatkuasakan akta-akta yang diperuntukkan

  • Akta Pemeliharaan Buku-Buku (1967),

  • Akta Purbakala dan Harta Terpendam (1967)

  • Akta Arkib Negara Brunei (1957)

  • Akta Perlindungan Binatang-Binatang Liar (1967),

  • Convention on the International Trade and Endangered Species (CITES)

 

 Strategi Perlaksanaan

 

  • Penyelidikan

  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang arkeologi, Etnografi dan ilmu kejadian.

  • berkerjasama dengan organisasi dan penyelidik-penyelidik luar negara atau jabatan-jabatan Kerajaan lainnya.

 

  • Koleksi Rujukan

  • Menambah bahan rujukan dalam bentuk bahan arkib dan perpustakaan serta koleksi contoh.

 

  • Pembelajaran

  • Merangka pameran tetap atau bergerak berasaskan hasil penyelidikan kakitangan Muzium.

  • Siri-siri penerbitan sebagai satu forum bagi kakitangan Muzium dan penyelidik tempatan untuk menerbitkan hasil penyelidikan mereka.

  • Mengadakan ceramah kegiatan dan basil penyelidikan jika diperlukan.

 

  • Pemeliharaan/Pemuliharaan

  • Pemeliharaan dan Pemuliharaan kawasan-kawasan arkeologi dan perniagaan, monumen, bahan budaya dan spesis-spesis binatang.

 

  • Sistem Berpengurus

  • Untuk meningkatkan Tekad Pemedulian Orang Ramai [TPOR] dan mencapai pengurusan yang sempurna dan teratur, pihak pengurusan Jabatan ini telah melantik 7 orang Pegawai Kanan JMM ini selaku Pengurus untuk mentadbir dan mengurus 8 buah bangunan di bawah pentadbiran Jabatan ini. Bangunan-bangunan tersebut ialah Muzium Brunei, Muzium Teknologi Melayu, Galeri Pameran Bubungan Dua Belas, Bangunan Alat Kebesaran Diraja, Arkib Negara, Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Taman Warisan Merimbun dan Galeri Seni. Lantikan ini adalah secara pentadbiran dalaman saja.

  • Antara objektif utama perlantikan ini ialah untuk membentuk rasa kekitaan (sence of belonging) dan berkongsi tanggungjawab (share responsibiIity). Selain dari itu, perlantikan ini juga dapat mewujudkan persaingan (competition) kearah pengurusan kakitangan yang cekap dan pembisaian kawasan di bangunan masing-masing.

 

  • Konsep Museum Enterprise

  • Konsep ini ialah untuk mencari sumber kewangan selain dan peruntukkan kerajaan.  Beberapa langkah telah dilaksanakan untuk merealisasikan konsep ini, di antaranya mengadakan perkhidmatan berbayar dan mencari sumber rakankongsi (partnership) dengan sektor swasta.

  • Penglibatan pihak swasta dalam menjayakan beberapa kegiatan JMM adalah menggalakkan. PDS adalah merupakan penyumbang hadiah utama sempena Hari Muzium Antarabangsa 2001 di samping syarikat-syarikat lain. Bank Islam Brunei (IBB) pula telah menyumbangkan sebuah papan laluan Sejarah yang diletakkan dibahagian hadapan bangunan Muzium Brunei. Syarikat FinaELF juga telah menyumbangkan kerjasama dalam membantu mempamerkan bahan-bahan arkeologi kapal karam di Brunei dan juga di Paris, Perancis (2001). Brunei Shell telah menyumbangkan sebuah bangunan yang sekarang ini dinamakan Muzium Teknologi Melayu dan sebuah galeri pameran tetap di Bangunan Muzium Brunei.

  • Antara Perkhidmatan berbayar yang telah dilaksanakan ialah peminjaman bahan-bahan pameran, awetan, pemuliharaan, salinan foto dan permit ekspot dan impot. Cadangan untuk bayaran tiket masih dalam peringkat survey.

  • Penyewaan ruang untuk muzium, caf dll.

 

  • Dana Muzium

  • Konsep ini adalah satu cara untuk melibatkan sumbangan daripada badan-badan Koperat, Swasta, Yayasan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Perseorangan dan Wasiat.

  • Adalah diharapkan sumbangan-sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan untuk dijadikan sumber untuk mengadakan latihan seminar dan projek-projek pendidikan dalam pejabat.

 

 

Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal

  • Keberkesanan dalam memelihara warisan negara

  • Membentuk sumber-sumber pendapatan (income generating)

  • Membentuk jaringan kerjasama dengan korperat dan Sahabat Muzium

  • Penggunaan Teknologi Maklumat

  • Kakitangan yang terlatih

  • Meningkatkan dan mempelbagaikan perkhidmatan muzium

  • Ketelusan dua hala dalam pentadbiran

  • Penggunaan (exploitation) sumber semulajadi dan budaya

  • Peranan Akta di bawah pentadbiran Jabatan Muzium-Muzium