LAGU DBP
Dewan Bahasa dan Pustaka
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Dewan Bahasa dan Pustaka
Penggerak usaha bersepadu
Membina dan mengembangkan
Bahasa dan sastera Melayu
Tegak teguh di bumi Darussalam
Bahasa dan sastera Melayu
Teras identiti bangsa merdeka
Mendukung negara maju bersatu
Bahasa jiwa bangsa
Slogan membina semangat
Menyatupadukan rakyat
Memupuk taat setia
Dewan Bahasa dan Pustaka
Memelihara warisan tradisi
Pemangkin daya kreativiti
Penggalak budaya membaca
Dewan Bahasa dan Pustaka
Gigih prihatin mendaulatkan
Bahasa dan sastera Melayu
Bersama Mabbim dan Mastera
Menjunjung Bahasa
MENJUNJUNG BAHASA
Bila pohon ada akarnya
Akar tak ada pohon tiada
Begitu pula pada negara
Bahasa adalah jati diri bangsa
Bila harimau ditanda belangnya
Kerbau ditanda pada tanduknya
Manusia ditanda dari bahasanya
Bahasa menunjukkan bangsa
Wahai generasi belia bangsa
Megah setialah berbahasa Melayu
Junjung warisan kita sepanjang masa
Jadilah bangsa berjaya
Jadilah bangsa berjaya
Jadilah bangsa berjaya dan maju
Ku Kasih Bahasaku
KUKASIH BAHASAKU
Bahasa Melayu bahasaku
Bahasa Kebangsaan negaraku
Citra jati diri bangsa
Bahasa menyatukan kita
Wahai bangsaku
Wahai temanku
Berbanggalah berbahasa Melayu
Setialah berbahasa Melayu
Berdiri teguh bahasaku
Teguh gagah negaraku
Kukasih kukasih bahasaku
Kukasih kukasih bahasaku
Kukasih kukasih bahasaku
Kukasih bahasa Melayu