Khamis, 13 Jamadilakhir 1447 | 4 Disember 2025

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Sastera dan Majalah meraikan kejayaan program lima bulan dengan Majlis Apresiasi Program Mentor-Menti Kritikan Sastera 2025. Hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP, yang sekali gus menyampaikan sijil dan cenderamata kepada para mentor dan menti. Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin, Ketua Bahagian Sastera dan Majalah; Yang Mulia Dr. Maslin bin Haji Jukim, Mentor Program Mentor-Menti Kritikan Sastera 2025; dan pegawai dan Kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan para menti yang diraikan.