Diari KKBS Sejarah Ringkas Visi & Misi Carta Organisasi Bahagian-Bahagian Jabatan-Jabatan

 

 

Terbaru

 

 

PUSAT  PEMBANGUNAN  BELIA

SEJARAH

 

 

Sebelum Pusat Pembangunan Belia ini ditubuhkan, satu PILOT PROJEK dibawah Jabatan Belia dan Sukan dipanggil SKIM LATIHAN DAN KEMAJUAN BELIA telah diadakan dari tahun 1992 hingga 1995 dan diadakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Mulai 11hb. Mei 1996. Skim ini diubah menjadi PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA dan Hal Ehwal Pentadbirannya dipindahkan ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan seterusnya pada 2hb. Jun 1996, berpindah kebangunan baru di Pusat Pembangunan Belia yang ada pada masa ini.

Pusat Pembangunan Beliajuga merupakan salah satu agensi kerajaan yagn dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan bagi perkembangan belia di negara ini yang meliputi pembentukan rohani, jasmani dan mental yang seimbang dengan keperluan dunia dan akhirat.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga PPB khasnya dan umat Islam Brunei amnya rasa bertuah dan bersyukur kepada Allah Subahanahu Wataala di atas limpah kurniaNya yang tidak terhingga kerana ramai warga PPB telah terbuka hati untuk memeluk Ugama Islam.

Semenjak PPB ditubuhkan pada tahun 1996, seramai 7 orang lepasan peserta iaitu 2 orang lelaki dan 5 orang perempuan telah memeluk agama Islam. Ini termasuklah peserta-peserta yang memluk Islam setelah menamatkan kursus mahupun peserta yang telah diambil bekerja sebagai kakitangan dan tenaga pengajar di Pusat ini.

 

 

Latar Belakang Misi & Visi Sejarah Lagu Sumpah Belia
Galeri Maklumat Kursus Maklum Balas