Permohonan Perkhidmatan Sistem Nombor Buku Piawai Antarabangsa (ISBN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (CIP)

 

MENGENAI ISBN

Sistem Nombor Buku Piawai Antarabangsa (International Standard Book Number) atau dikenali sebagai ISBN adalah satu nombor piawai antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit atau individu.

PUSAT KEBANGSAAN ISBN BRUNEI

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Brunei mulai tahun 1996 untuk memberikan penomboran kepada penerbit di Negara Brunei Darussalam.

Pusat Kebangsaan ISBN menyediakan dua (2) jenis perkhidmatan iaitu:

1. Memberikan 13-digit set nombor buku piawai antarabangsa (ISBN) yang unik bagi pengenalan kepada setiap buku yang diterbitkan oleh penerbit di Negara Brunei Darussalam secara percuma;

2. Menyediakan data pengkatalogan-dalam-penerbitan (Cataloguing-in-Publication [CIP]) oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada penerbit.

TATACARA MEMOHON PERKHIDMATAN ISBN

Penerbit Negara Brunei Darussalam boleh memohon perkhidmatan ISBN melalui dua (2) kaedah:

1. Mengimbas kod QR untuk mengisi borang permohonan dan menyertakan dokumen yang diperlukan secara dalam talian melalui FormBN:

Atau,

 

2. Memuat turun borang permohonan melalui pautan: Borang Permohonan ISBN

 2.1 Menyertakan salinan dokumen dengan lengkap:

  • Halaman Judul (Title Page);
  • Halaman Pengenalan/Hak Cipta (©Copyright Page);
  • Halaman Isi Kandungan (Content Page);
  • Rumusan isi kandungan atau sinopsis buku tersebut;

 

2.2 Menghantar borang yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan melalui emel isbn@dbp.gov.bn.

 

TPOR

 

Tempoh permohonan perkhidmatan ISBN adalah tiga (3) hari waktu bekerja setelah borang dan dokumen lengkap diterima, tidak termasuk Jumaat, Ahad dan Cuti Awam. Tertakluk kepada kelengkapan borang dan dokumen yang diterima semasa permohonan dibuat.

 

SYARAT PERMOHONAN

 

  1. Bahan yang boleh diperuntukkan penomboran ISBN adalah seperti berikut:
  • Buku bercetak dan risalah (lebih 15 muka surat).
  • eBuku atau buku digital
  • Buku karya berbilang jilid (set)
  • Edisi baru bagi judul yang pernah diterbitkan
  • Buku ulang cetak yang tidak pernah dipohonkan ISBN
  • Buku yang diterbitkan lebih daripada satu penerbit

2. Penerbit yang boleh memohon ISBN adalah seperti berikut:

  • Individu/Persendirian
  • Jabatan Kerajaan
  • Institusi
  • Persatuan

3. Setiap terbitan buku yang telah diperuntukkan penomboran ISBN adalah termasuk dalam kawalan Akta Pemeliharaan Buku-buku dan perlu diserahkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN dan Unit Akta Penyerahan Bahan.

Penerbit di Negara Brunei Darussalam hendaklah menyerahkan bahan terbitan dalam tempoh satu (1) bulan selepas penerbitan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, seperti yang dinyatakan dalam Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1967, Edisi Semakan 1984 dan Pindaan 2018, Edisi Semakan 2021.

 Berikut adalah pecahan penyerahan terbitan tertakluk kepada permohonan ISBN:

 

Format terbitan Pusat Kebangsaan ISBN Unit Akta Penyerahan Bahan Jumlah Keseluruhan Penyerahan
JIKA 1 JUDUL DITERBITKAN DALAM 1 FORMAT SAHAJA

Bercetak

(kulit lembut)

2 naskhah 3 naskhah 5 naskhah

Bercetak

(kulit tebal)

2 naskhah 3 naskhah 5 naskhah
eBuku 1 pendrive/CD 2 pendrive/CD 3 pendrive/CD
JIKA 1 JUDUL DITERBITKAN DALAM 2 FORMAT ATAU LEBIH

Bercetak

(kulit lembut

& kulit tebal)

·         2 naskhah

(kulit lembut)

·         2 naskhah

(kulit tebal)

·         3 naskhah (kulit lembut)

·         3 naskhah (kulit tebal)

·         5 naskhah (kulit lembut)

·         5 naskhah (kulit tebal)

Bercetak

(kulit lembut)

& eBuku

·         2 naskhah

(kulit lembut)

·         1 pendrive/CD

·         3 naskhah (kulit lembut)

·         2 pendrive/CD

·         5 naskhah (kulit lembut)

·         3 pendrive/CD

Bercetak

(kulit tebal)

& eBuku

·         2 naskhah

(kulit tebal)

·         1 pendrive/CD

·         3 naskhah (kulit tebal)

·         2 pendrive/CD

·         5 naskhah (kulit tebal)

·         3 pendrive/CD

Bercetak

(kulit lembut

& kulit tebal)

& eBuku

·         2 naskhah

(kulit lembut)

·         2 naskhah

(kulit tebal)

·         1 pendrive/CD

·         3 naskhah (kulit lembut)

·         3 naskhah (kulit tebal)

·         2 pendrive/CD

·         5 naskhah (kulit lembut)

·         5 naskhah (kulit tebal)

·         3 pendrive/CD

 

Sehubungan itu, untuk menepati syarat perkhidmatan ISBN dan Akta Pemeliharaan Buku-Buku, bahan terbitan hendaklah diserahkan ke alamat berikut:

 

Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama

Berakas, BB3510
Negara Brunei Darussalam
[U.P Pusat Kebangsaan ISBN / Unit Akta Penyerahan Bahan]

MAKLUMAT LANJUT

 Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan ISBN, sila hubungi Pusat Kebangsaan ISBN di talian 4222529 yang beralamat di Tingkat 1, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Tutong atau melalui whatsApp ke talian hotline Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di +673 8266880.