Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
Perkhidmatan Perpustakaan Diperkenalkan Kepada Warga Emas

Capture.PNG

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ihsan Perpustakaan Lambak Kanan


• Rombongan seramai 25 Ahli PKWE yang diketuai oleh Awang Haji Mohd. Yussof bin Mohd. Salleh juga berkesempatan dengan sesi soal jawab dan kemudian membuat lawatan secara lebih dekat lagi dengan perkhidmatan yang disediakan serta berpeluang menyertai demonstrasi masakan yang disediakan.

• Lawatan antara lain bertujuan untuk memperkenalkan kepada warga emas mengenai perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan perpustakaan yang disediakan serta tatacara menggunakan sistem e-Perpustakaan seperti penggunaan mesin kiosk dan pencarian bahan secara ‘online’.


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Jun. - Kiosk Peminjaman Layan Sendiri adalah bagi mempercepatkan peminjaman buku, pengguna boleh menggunakan mesin berkenaan di  semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kiosk ini juga dapat digunakan untuk melihat jumlah dan tarikh pemulangan buku yang masih dipinjam.


Manakala Kiosk Pemulangan Buku (Bookdrop) bertujuan bagi memudahkan orang ramai untuk memulangkan buku, mesin yang dikenali sebagai Bookdrop telah disediakan dan diletakkan di luar pintu masuk utama bangunan.


Mesin berkenaan beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu (24/7) dan dengan itu pengguna boleh memulangkan buku selepas waktu perkhidmatan perpustakaan.


Perkara tersebut antara lain yang diterangkan oleh Ketua Cawangan DBP, Dayang Siti Mahyuna binti Haji Damit semasa menerima kunjungan lawatan serombongan warga Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Brunei Muara semalam.


Selain menerangkan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan, taklimat juga menerangkan mesin Bookdrop juga boleh digunakan di mana sahaja cawangan DBP bagi kemudahan para pengguna.


Rombongan juga diberikan penerangan mengenai perkhidmatan, koleksi serta aktiviti perpustakaan.


Rombongan seramai 25 Ahli PKWE yang diketuai oleh Awang Haji Mohd. Yussof bin Mohd. Salleh juga berkesempatan dengan sesi soal jawab dan kemudian membuat lawatan secara lebih dekat lagi dengan perkhidmatan yang disediakan serta berpeluang menyertai demonstrasi masakan yang disediakan.


Lawatan antara lain bertujuan untuk memperkenalkan kepada warga emas mengenai perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan perpustakaan yang disediakan serta tatacara menggunakan sistem e-Perpustakaan seperti penggunaan mesin kiosk dan pencarian bahan secara ‘online’.


Pihak perpustakaan berharap agar ramai warga emas terdedah dan mengetahui dengan bahan e-Perpustakaan yang ada dan akan sentiasa menjalinkan kerjasama dalam mengendalikan sebarang aktiviti pada masa akan datang.


Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 6/9/2021 10:04 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 6/9/2021 10:04 AM by Nisbah Binti Hj Merusin