JURNAL BERIGA
LATAR BELAKANG
Jurnal Beriga mula diterbitkan pada bulan Mei 1967. Pada mulanya, jurnal ini cuma dinamakan sebagai majalah Beriga yang memuatkan hasil terjemahan rencana-rencana ilmiah dalam bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Seiring dengan perkembangan masa, pengisian Beriga dipertingkat dengan memuatkan rencana-rencana ilmiah yang berbentuk penyelidikan dari pelbagai bidang. Pada tahun 1995, majalah Beriga telah dinaik taraf dan dinamakan sebagai jurnal. Sesuai dengan peranan Beriga sebagai "bacaan umum" dengan pengisian yang padat dengan rencana ilmiah dan penyelidikan, maka Beriga diangkat tarafnya sebagai sebuah jurnal.
Jurnal Beriga diterbitkan dua kali setahun, memuatkan artikel penyelidikan tentang agama, bahasa, budaya, politik, pendidikan, sejarah, sains, ekonomi, dan geografi. Pada bulan Mei 2017, Jurnal Beriga telah mencapai usia emasnya. Dengan usia lebih 50 tahun, jurnal ini mampu utuh dan berdaya tahan secara berterusan sebagai sebuah jurnal yang menerbitkan rencana ilmiah yang bermutu tinggi.
TUJUAN PENERBITAN JURNAL BERIGA
- Memperluas penyebaran bahasa Melayu.
- Membuktikan bahawa bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai saluran pengantar ilmu pengetahuan moden.
- Menjadikan Beriga sebagai alat penyebar ilmu pengetahuan moden dengan bahasa pengantarnya, bahasa Melayu.
PANGSURA

| PANGSURA Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara Harga: BND5.00
|
BERIGA
 | BERIGA Bacaan Umum Harga: BND3.00
|
JURNAL BAHASA

| JURNAL BAHASA Harga: BND4.00
|