
Sejarah
Rengkas
Dasar Penubuhan
Maklumbalas
Cari
Maklumat
Majalah
dan Jurnal Terbitan DBP
|

Versi
Bahasa Inggeris
Sejarah
Rengkas
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam. Jabatan ini bertanggungjawab
sebagai badan Pembinaan dan Pengembangaan Bahasa dan Sastera, Penyelidikan dan Dokumentasi
Kebudayaan dan Penerbitan Buku yang terbesar di negara ini di samping berperanan
menyediakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.
Sejak 29 September 1959, dengan sempurnanya penandatanganan Perlembagaan Negeri
Brunei 1959, telah mengangkat dan menempatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara.
Pada tahun 1961, kerajaan Brunei telah meluluskan penubuhan sebuah lembaga yang dipanggil
sebagai LEMBAGA BAHASA. Oleh kerana nama Lembaga Bahasa difikirkan kurang sesuai, satu
cadangan telah dibuat untuk menukar nama Lembaga Bahasa menjadi Bahagian Bahasa dan
Pustaka, di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran.
Mulai 1 Januari 1965, Bahagian Bahasa dan Pustaka telah dipisahkan daripada Jabatan
Pelajaran. Ia telah menjadi sebuah jabatan baru yang dikenali sebagai Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei.
|