Rabu, 15 Muharam 1448 | 1 Julai 2026
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), melalui Bahagian Perancangan Buku, telah mengadakan Sesi Bersama Penulis Antologi Cerpen Legenda di Dewan Patih Barbai, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.
Sesi tersebut diadakan sebagai wadah perkongsian ilmu dan pengalaman antara tenaga pakar dengan para penulis dalam usaha memperkukuh pemahaman terhadap penulisan cerpen yang berteraskan unsur legenda. Di samping itu, sesi ini memberikan peluang kepada para penulis untuk memperoleh ulasan, pandangan serta bimbingan secara langsung terhadap karya masing-masing bagi meningkatkan mutu penulisan.
Pemudah cara bagi sesi tersebut ialah Yang Mulia Dr. Maslin bin Haji Jukim/Jukin, yang mengendalikan sesi perbincangan dan memberikan bimbingan serta maklum balas membina kepada para penulis.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Rosenani binti Pengiran Haji Halus, Ketua Bahagian Perancangan Buku.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Yang Mulia Dr. Maslin bin Haji Jukim/Jukin sebagai pemudah cara sesi.