Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Kumpulan Sari Mengerna Johan Nyanyian Puisi Pantaran Sastera DBP

‚ÄčKumpulan Sari Mengerna johan Nyanyian Puisi Pantaran Sastera DBP 3.PNG

Siaran Akhbar dan Foto: Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Julai. - Kumpulan Sari Mengerna yang terdiri daripada Awang Haji Muhammad Sawaz bin Haji Awang Ali dan Awang Mohammad Fathullah bin Haji Rashid dengan tajuk puisi 'Cinta di Laut Biru' karya Haji Masri bin Haji Idris berjaya menjuarai Pantaran Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 2022: Nyanyian Puisi sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76, Tahun 2022.

Kumpulan Sari Mengerna johan Nyanyian Puisi Pantaran Sastera DBP 2.PNG

Manakala, naib johan disandang oleh Kumpulan Ala Dinamika yang dianggotai oleh Awangku Muhammad Nur Safiuddin bin Pengiran Haji Harun, Dayang Nurhusna Rasyiqah binti Johari dan Awang Mohamad Fathullah bin Haji Rashid dengan membawakan tajuk puisi 'Tanah Air'  karya Basirah HB.

Sementara tempat ketiga ialah Awang Abdullah Wafi bin Haji Rusli dengan membawakan tajuk puisi 'Pemuda' karya Akeem HGM.

Peringkat Akhir Pantaran Sastera DBP, 2022: Nyanyian Puisi dianjurkan oleh DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Sastera dan Majalah dengan kerjasama Kumpulan Putra Seni itu telah berlangsung kelmarin, 25 Julai 2022 bertempat di Pentas Perayaan Kawasan Letak Kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu khas, Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, yang juga menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan panel hakim.

Manakala para pemenang sagu hati terdiri daripada Kumpulan Sari Samaun yang terdiri daripada Awang Zulfikri bin Talip dan Awang Muhammad Nur Sallehuddin bin Haji Osman dengan tajuk puisi 'Tepuk Dada Tanya Selera' karya Atin Aswana; Kumpulan Akustik Syifaa yang terdiri daripada Pengiran Mohammad Qawiem bin Pengiran Haji Kamaruddin, Pengiran Haji Kamaruddin bin Pengiran Haji Othman dan Dayang Nur Qawiatussyifaa binti Abdullah Mohammad Qawiem dengan tajuk puisi 'Kampung Ayer D'Lagenda' karya Kamar D51; dan Awang Abdul Hanif Iqbal bin Abdul Manap dengan membawakan puisi bertajuk 'Rangkaian Jiwa' karya Kouri.

Pertandingan tersebut dibukakan kepada rakyat dan penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam secara perseorangan atau berkumpulan yang bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai nilai seni sastera, di samping sebagai apresiasi terhadap karya sastera para penulis tanah air yang diterbitkan oleh DBP.

Gabungan dua genre antara seni sastera dan seni muzik ini merupakan satu bentuk yang segar yang dapat dihayati oleh generasi pada hari ini dan secara tidak langsung membudayakan masyarakat membaca serta melestarikan bahasa dan sastera Melayu dalam mendukung misi dan visi jabatan.

Sebanyak enam kumpulan menyertai pertandingan tersebut yang terdiri daripada para belia dan anak muda yang berpotensi besar dalam seni pengucapan khususnya nyanyian puisi.

Pertandingan tersebut dihasratkan dapat membuka mata dan minda masyarakat bahawa karya sastera khususnya puisi bukan hanya sekadar lontaran bait-bait kata, tetapi akan lebih 'hidup' dengan mengadaptasi dan alihwahana dalam bentuk/genre nyanyian.

Malah, dengan penghayatan terhadap kehalusan seni sastera dan nilai intelektual yang digarap oleh penulis melalui sajak/puisi yang dihasilkan dapat meningkatkan lagi pemahaman khalayak.

Turut hadir, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan DBP, para penulis dan penggiat seni sastera tanah air.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 7/27/2022 10:11 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 7/27/2022 10:11 AM by Nisbah Binti Hj Merusin