Oleh: Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
-
PENUBUHAN lebih banyak Sudut Bacaan berkenaan secara tidak langsung
memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat
umur.
-
DBP tidak kendur-kendur dan akan sentiasa berusaha dalam
mengungkayahkan pelbagai acara dan kegiatan yang menjurus ke arah
meningkatkan budaya membaca kepada segenap golongan masyarakat demi
untuk melahirkan generasi modal insan kelas pertama terutama sekali
dalam kalangan tunas bangsa, belia, remaja dan muda-mudi yang akan
menjadi pewaris dan penghala tuju negara pada masa akan datang.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. - Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan telah menambah
lagi satu Sudut Bacaan khusus untuk para pelanggan yang datang ke
restoran Eat's Hot, Delima Satu.
Majlis
Perasmian Sudut Bacaan Eat's Hot berkenaan disempurnakan oleh
Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
(KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.
Inisiatif berkenaan merupakan Pendekatan Senegara (Whole of Nation) KKBS melalui DBP bersama dengan rakan strategik.
Penubuhan
lebih banyak Sudut Bacaan berkenaan secara tidak langsung memupuk
budaya membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
DBP
tidak kendur-kendur dan akan sentiasa berusaha dalam mengungkayahkan
pelbagai acara dan kegiatan yang menjurus ke arah meningkatkan budaya
membaca kepada segenap golongan masyarakat demi untuk melahirkan
generasi modal insan kelas pertama terutama sekali dalam kalangan tunas
bangsa, belia, remaja dan muda-mudi yang akan menjadi pewaris dan
penghala tuju negara pada masa akan datang.
Eat's Hot merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan yang berkualiti dengan sos pedas yang dihasilkan sendiri.
Restoran
berkenaan diasaskan oleh Dayang Ida Nurhafiza binti Haji Matnoor sejak
tahun 2013 dan sebelum ini hanya berniaga di rumah sahaja secara dalam
talian.
DBP
amat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mewujudkan Sudut Bacaan di
premis masing-masing dan seterusnya bolehlah menghubungi melalui talian
+673 2235501, e-mel: 'perpustakaan_bsb.dbp.gov.bn' atau IG
'perpustakaandbpbsb' bagi yang berhasrat untuk mewujudkan Sudut Bacaan.
Turut hadir, Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.
Dipetik daripada Pelita Brunei