Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Peraduan Penulisan Esei Ilmiah Pangsura 2020 sempena Sambutan Jubli Perak Penerbitan Jurnal Pangsura. Terbuka kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 18 tahun ke atas pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Imbas Kod QR untuk mengetahui syarat dan borang penyertaan. Tarikh akhir penyertaan pada hari rabu, 30 September 2020.