Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PENGAGIHAN BENDERA KECIL LAMBANG KEDAULATAN NEGARA

140219Tutong-teachers.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

TUTONG, Khamis, 14 Februari 2019 - Bendera merupakan lambang, simbol rasmi dan identiti kepada kewujudan dan kedaulatan sesebuah bangsa dan negara yang patut dimuliakan, dijaga juga dipelihara dengan baik oleh rakyat, warga dan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, dengan adanya inisiatif Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera ini menunjukkan semboyan semangat kebangsaan atau patriotik yang menjadi satu usaha dan ikhtiar dalam mencapai Wawasan 2035.

Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri (SU PAP) Fadzillah Lubabul Bolkiah, Kampung Kupang, Dayang Hajah Nekmah binti Haji Mohamad menyatakan mengenai perkara itu dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera, di sini.

 140219Tutong-Principal.jpg

Namun tambahnya lagi, usaha sebegini adalah bagi sama-sama menyahut dan mendukung lagi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah 'Negara Zikir'.

Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera berlangsung secara serentak di keempat-empat daerah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019.

Di Daerah Tutong, majlis mengambil tempat di Sekolah Ugama PAP Fadzillah Lubabul Bolkiah, Kampung Kupang.

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Pengiran Haji Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd. Ishak.

Juga hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan), Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Pegawai Daerah Tutong, Awang Samsol Bahrin bin Haji Mohd. Hussain juga pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Antara atur cara yang berlangsung pada majlis tersebut ialah Tayangan Klip Video 'Kibarkanlah Bendera Negara Kitani' dan 'Animasi Tatacara Menaikkan Bendera'.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan koir daripada Kumpulan Telisai Harmonics, juara Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik di antara Mukim-mukim bagi Daerah Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

 140219Tutong-koir.jpg

Setelah itu, Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja kepada murid-murid SU PAP Fadzillah Lubabul Bolkiah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Sejurus itu, acara disemarakkan lagi dengan persembahan koir daripada murid-murid SU PAP Fadzillah Lubabul Bolkiah, seterusnya menyaksikan sedutan video Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-34, Tahun 2018 di sekolah ugama berkenaan.

140219Tutong-Students.2.jpg

 140219Tutong-students.1.jpg

Pada akhir acara, tetamu kehormat bersama para jemputan khas turut mengadakan lawatan ke bilik-bilik darjah di sekolah tersebut.

140219Tutong-aktiviti.1.jpg

 140219Tutong.GoH view aktiviti.jpg

Majlis dikelolakan bersama oleh Kementerian Pendidikan; Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Penerangan; dan Pejabat Daerah.

Attachments
Created at 2/17/2019 2:32 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/17/2019 2:32 AM by Lee Chin Foo