Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

NYANYIAN KANAK-KANAK TRADISI BRUNEI: PERTANDINGAN SKETSA

IMG_6004.JPG​          IMG_6019.JPG          IMG_6044.JPG          IMG_6100.JPG          IMG_6379.JPG          IMG_6375.JPG          IMG_6388.JPG          IMG_6394.JPG        


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan selaku Pengerusi Nyanyian Kanak-Kanak Tradisi Brunei: Pertandingan Sketsa. Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan ucapan serta menyempurnakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan panel hakim ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin bin Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Antara yang hadir ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pengarah-pengarah jabatan serta Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara.


Lima kumpulan menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta. Juara Pertandingan Sketsa disandang oleh Kumpulan Eka Sukma dengan tajuk sketsa 'Saloi Oh Saloi'. Naib juara, Kumpulan Ala Dinamika dengan tajuk sketsa 'Satu Sen'. Tempat ketiga ialah Kumpulan Pelangi Senja dengan tajuk sketsa 'Nya Nini'. Manakala sagu hati disandang oleh Kumpulan Lentera dengan tajuk sketsa 'Tudung Periuk' dan Kumpulan Anak Seni Watan dengan tajuk sketsa 'Nasib Pak Saloi'.

Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Putra Seni.

Attachments
Created at 12/2/2022 10:35 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf
Last modified at 12/2/2022 10:41 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf