Oleh :
Marlinawaty Hussin \ Infografik : Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka
BANDAR
SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari. - Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) melalui Bahagian Perancangan Buku, pada masa ini, mengadakan
Peraduan Menulis Folklor Tujuh Puak dan Sayembara Penulisan Novelet
hingga tarikh tutupnya, pada 30 Jun 2021, 4.30 Petang.
Sehubungan
itu, dua Bengkel Penulisan Kreatif akan diadakan secara serentak, pada
23 hingga 25 Mac 2021, iaitu Bengkel Penulisan Cerita Folklor kedua; dan
Bengkel Penulisan Novelet.
Bagi Sayembara Penulisan Novelet, ia
dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap negara ini, berumur 16
tahun ke atas.
Antara syarat sayembara, manuskrip mestilah
sesuai untuk bacaan masyarakat dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif,
perkauman, keagamaan, ras, politik, pornografi juga tidak menimbulkan
polemik dan provokasi.
Manuskrip hendaklah ditulis dalam Bahasa
Melayu sepenuhnya, menggunakan Sistem Ejaan Rumi terkini.
Panjang
manuskrip tidak kurang 15,000 patah perkataan dan tidak lebih 40,000
perkataan.
Manakala bagi Peraduan Menulis Folklor Tujuh Puak, ia
dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap negara ini, berumur 14
tahun ke atas.
Antara syarat peraduan, manuskrip hendaklah
ditulis dalam Bahasa Melayu Standard yang mudah difahami dengan
pencerapan dialog dialek tujuh puak.
Kandungan manuskrip hendaklah tentang
cerita-cerita lisan (folklor) tujuh puak yang ada di negara ini, seperti
folklor mengenai tempat, budaya, kehidupan, sosial dan adat bagi setiap
puak.
Objektif peraduan-peraduan ini adalah bagi menghasilkan
karya-karya yang berkualiti dan menepati sasaran pembaca, di samping
menyasarkan pasaran yang luas, baik di dalam mahupun luar negara.
Selain
itu, ia bertujuan untuk menggambarkan bangsa dan budaya juga
mempertahankan warisan sepanjang zaman dan mengetengahkan folklor
mengenai tujuh puak, di negara ini.
Borang dan karya hendaklah dihantar kepada
Urus Setia Peraduan, Tingkat 1, Bahagian Perancangan Buku, DBP,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Pembangunan, Lapangan
Terbang Lama, Berakas, BB3510.
Untuk maklumat lanjut pula, sila hubungi
Urus Setia Peraduan menerusi talian +673 2382512 sambungan 179 atau 193
atau 197 atau 183 atau 187.
Dipetik daripada Pelita Brunei