Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Kebudayaan KKBS ke Perpustakaan DBP Tutong

Sabtu, 23 Rabiulawal 1448 | 5 September 2026

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Daerah Tutong.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abd Wahab, Pemangku Pengarah dan Timbalan Pemangku Pengarah DBP bersama para pegawai DBP.

Lawatan ini antara lain bertujuan untuk meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan berkenaan dalam usaha memastikan persekitaran yang kondusif bagi menyokong pembudayaan ilmu dan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.