Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Apresiasi, Evaluasi Karya

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka

BERAKAS, Selasa, 17 November. - Pantaran Sastera merupakan salah satu jenama kegiatan sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diselenggarakan oleh Bahagian Sastera dan Majalah.

Projek tersebut menjadi tanda aras Sastera Brunei dan medan perkumpulan penulis dan penggiat seni sastera tempatan sebagai tempat pertemuan penulis dan penggiat seni sastera.

Antara kegiatan Pantaran Sastera bagi penghujung tahun 2020 ini ialah Projek Bedah Karya. Bedah Karya diadakan dua kali dalam setahun khususnya membedah dan membicarakan karya-karya sastera penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award) dan juga tokoh-tokoh sastera yang pernah menerima pengiktirafan melalui karya sastera serta karya-karya baharu terbitan DBP.

Sehubungan itu, DBP akan menganjurkan Bedah Karya pada Sabtu, 21 November 2020 ini di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Bedah Karya diadakan bertujuan mengapresiasi, evaluasi, juga mendalami sesebuah karya di mana ia merupakan proses 'memisi' seni penulisan seseorang dalam membantu meningkatkan motivasi dan semangat berkarya di samping menyampaikan kepada masyarakat hasil seni penulisan dan perkembangan seseorang penulis dalam berkarya.

Bedah Karya kali ini membicarakan dua buah karya daripada dua orang 'figur' penulis Sastera Negara Brunei Darussalam yang aktif dalam penulisan sastera serta diiktiraf sebagai penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara masing-masing pada tahun 2017 dan 2018.

Novel Arus ke Kuala karya Tarif Haji Abdul Hamid dan Kumpulan Puisi Perjalanan Burung Putih karya Mahadi R.S akan dibicarakan oleh dua orang ahli akademik sastera iaitu Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dan Dr. Haji Ramlee bin Haji Tinkong.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai bolehlah mendaftar dengan mengimbas Kod QR yang diberikan.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/18/2020 10:15 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/18/2020 10:15 AM by Nisbah Binti Hj Merusin