Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISBN

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​PEMBERIAN​ NOMBOR INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN)

1.        ​Apakah yang dimaksudkan ISBN?

​International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN adalah satu nombor piawaian antarabangsa unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit atau individu di Brunei Darussalam. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Brunei mulai tahun 1996. 

Pusat Kebangsaan ISBN menyediakan DUA (2) jenis perkhidmatan iaitu:

    • ​​​​​​​Memberikan 13-digit set nombor buku piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada setiap buku yang diterbitkan oleh penerbit di Negara Brunei Darussalam.
    • Menyediakan data pengkatalogan dalam penerbitan (Cataloguing-in-Publication [CIP]) oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada penerbit. ​

2.        Tatacara memohon penomboran piawaian antarabangsa ISBN

    • Memuat turun borang permohonan melalui pautan: Borang Permohonan ISBN.pdf
    • Menyertakan salinan dokumen dengan lengkap :
    • Halaman Judul (Title Page);
    • Halaman Pengenalan/Hak Cipta (©Copyright Page);
    • Halaman Isi Kandungan (Content Page);
    • Rumusan isi kandungan atau sinopsis buku tersebut;
    • Menghantar borang yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan melalui emel isbn@dbp.gov.bn.

3.        TPOR

Tempoh perkhidmatan pemberian penomboran ISBN adalah tiga (3) hari waktu bekerja tidak termasuk hari Jumaat, Ahad dan Cuti Awam. Tertakluk kepada kelengkapan borang dan dokumen yang diterima semasa permohonan dibuat.

4.        Syarat Permohonan

Bahan yang boleh diperuntukkan penomboran ISBN adalah seperti berikut:

    • ​Buku bercetak dan risalah (lebih 15 muka surat).
    • Terbitan dalam bentuk mikroform.
    • Terbitan braille.
    • Bahan faksimile yang hendak dibukukan/diterbitkan.
    • Media lain termasuk filem pendidikan dan transparensi.
    • Setiap perubahan buku/bahan yang hendak dicetak ulang dengan format berlainan
           Penerbit yang boleh memohon ISBN adalah seperti berikut:​
    • Individu/Persendirian
    • Jabatan Kerajaan
    •  Institusi
    • Persatuan

Setiap buku yang diberikan nombor ISBN perlu diserahkan dua (2) naskhah atau satu (1) pendrive/CD ke Pusat Kebangsaan ISBN seperti yang disyaratkan. 

Di samping itu, penerbit di Negara Brunei Darussalam juga perlu menyerahkan tiga (3) naskhah atau dua (2) pendrive/CD bagi setiap bahan terbitan dalam tempoh satu (1) bulan selepas penerbitan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, seperti yang dinyatakan dalam Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1967, Edisi Semakan 1984 & Pindaan 2018, Edisi Semakan 2021.

Sehubungan it​​u, setiap penerbit perlu menyerahkan lima (5) naskhah buku bagi setiap tajuk dan format (kulit tebal/lembut) atau tiga (3) pendrive/CD bagi format e-buku/PDF selepas penerbitan, bagi memenuhi syarat permohonan ISBN dan Akta Pemeliharaan Buku-Buku.

​Penyerahan bahan terbitan dapat ditujukan kepada:

​Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama

Berakas, BB3510

Negara Brunei Darussalam

[U.P Pusat Kebangsaan ISBN / Unit Akta Penyerahan Bahan]

Telefon: 4222529​


5.        Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai ISBN, sila hubungi Pusat Kebangsaan ISBN di talian 4222529 yang beralamat di Tingkat 1, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Tutong atau melalui WhatsApp ke talian hotline Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di +673 8266880.