Oleh : 
Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Infografik : Ihsan Dewan Bahasa dan 
Pustaka
BANDAR
 SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari. - Dewan Bahasa dan Pustaka 
akan mengadakan Pertandingan Pidato Kebangsaan Brunei Darussalam sempena
 Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 
Tahun 2021.
Penyertaan dibukakan kepada belia, berumur 
17 hingga 27 tahun, bagi Warganegara dan Penduduk Tetap Brunei 
Darussalam, sama ada belia berbangsa Melayu atau bukan Melayu.
Semasa
 pertandingan itu nanti, para peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan
 Bahasa Melayu baku / standard dalam menyampaikan pidato dan diberi masa
 di antara lapan ke 10 minit (8 hingga 10 minit) untuk berpidato.
Idea 
dan struktur pidato hendaklah hasil karya sendiri dan mempunyai data 
yang dapat disandarkan bagi menyokong hujah.
Borang boleh diperoleh, 
di Kaunter Pertanyaan, Aras Bawah, DBP Berakas; Urus Setia, Tingkat 2, 
Unit Peristilahan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP 
Berakas; atau boleh memuat turun melalui laman sesawang : 
'www.dbp.gov.bn'; atau imbasan Kod QR yang tertera di infografik.
Peserta
 yang ingin menyertai pertandingan berkenaan, hendaklah menghantar 
borang penyertaan yang lengkap diisi, sebelum tarikh tutup penyertaan, 
pada Sabtu, 6 Mac 2021.
Penganjur berhak menarik balik penyertaan 
yang tidak menepati syarat dan tidak bersesuaian dengan peraturan 
pertandingan.
Sebarang kritikan atau menyentuh isu 
sensitif berkaitan agama, bangsa, ras dan kebudayaan atau terhadap 
keperibadian seseorang, termasuk menggunakan bahasa yang kurang sopan 
adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Peserta
 pidato dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian 
bersesuaian bagi menyokong pidato yang ingin disampaikan.
Untuk 
maklumat lanjut, bolehlah menghubungi +673 2382511 sambungan 155 atau 
159 atau 160 atau e-mel ke 'ppkbd2021@gmail.com'.
Dipetik daripada Pelita Brunei