Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ihsan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Ogos. -
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada tahun ini dan tahun-tahun yang
akan datang, merancang untuk menghasilkan lebih banyak buku berbentuk
karya kreatif sama ada karya perseorangan atau secara berkumpulan.
Sasaran
utama DBP untuk menerbitkan buku karya kreatif adalah untuk
menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu, kerana penerbitan ini sejajar
dengan salah satu dasar Penubuhan DBP, iaitu menerbitkan buku-buku yang
berkenaan untuk membentuk istilah dan seumpamanya bagi menunjang juga
memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu melalui penerbitan.
Karya-karya
kreatif, yang terdiri daripada karya-karya sastera, berbentuk novel,
cerpen, drama, sajak, di mana hasil penulisan karya berkualiti boleh
memberikan lebih keuntungan.
Dalam
pada itu juga, karya-karya kreatif yang terkenal telah membawa
keuntungan yang besar kepada sesebuah penerbitan dan juga
penulis-penulisnya.
Sementara
itu, karya kreatif ini boleh mengangkat pembangunan negara dan mampu
berdaya saing juga lebih menguntungkan, di mana penulis-penulis juga
akan dikenali ramai dan ia lebih banyak menerima banyak permintaan dari
luar negara.
Bagi
mereka yang ingin menyumbangkan karya kreatif masing-masing, bolehlah
melayari Laman Sesawang DBP, di 'www.dbp.gov.bn' atau layari Instagram
rasmi - '@dbpbrunei' /'@bukudbpbrunei' atau hubungi talian +673 2382511.
DBP
melalui Bahagian Perancangan Buku mengalu-alukan bagi sesiapa yang
berminat untuk menerbitkan karya sastera kreatif menjadi buku.
Dipetik daripada Pelita Brunei