Oleh : Aimi Sani / Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 April. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei akan menganjurkan Kempen Kebajikan bersempena Hari Buku Sedunia.
Penerimaan
sumbangan bermula 4 April hingga 14 April 2022. Jenis-jenis sumbangan
yang diperlukan adalah berupa buku-buku, alat tulis, pakaian seperti
bag, baju dan kasut serta makanan asasi harian.
Sehubungan
itu, orang ramai di alu-alukan untuk datang ke Perpustakaan DBP
Sengkurong untuk menyerahkan sumbangan tersebut dengan mengikuti garis
panduan atau SOP yang telah ditetapkan dari Kementerian Kesihatan.
Pengagihan
derma akan dibuat pada 20 April hingga 23 April 2022. Untuk pertanyaan
lebih lanjut mengenainya bolehlah berhubung terus ke talian +6732671384 /
5 semasa waktu bekerja.
Dipetik daripada Pelita Brunei