Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pembentangan Mengulas Mengenai Terjemahan Abbasiyah

• Kongres berkenaan mengupas mengenai aspek bahasa dengan tajuk 'Gerakan Terjemahan Abbasiyah dan Kebolehsesuaiannya Terhadap Iklim Terjemahan di Negara Brunei Darussalam: Satu Catatan Reflektif'.

• Pembentangan kali ini mengulas dengan lebih lanjut mengenai kegiatan penterjemahan di Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam aspek terjemahan Abbasiyah.

• Pemakalah juga mengetengahkan pembelajaran dalam bidang penterjemahan dalam melahirkan para penterjemah yang berpengetahuan dan berkemahiran, bukan sahaja dalam bidang ilmu dan teknik penterjemahan, tetapi juga dalam membina prasarana atau teknologi yang boleh memudahkan proses tersebut.


Oleh : Khartini Hamir / Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 April. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun 2022 dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Rabu.

Siri pembentangan ke-7 kali ini menampilkan pemakalah dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), iaitu Dr. Siti Badriyah binti Haji Mohamad Yusof dengan dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan, Dewan Bahasa Brunei (DBP), Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin.

Kongres pagi tadi mengupas mengenai aspek bahasa dengan tajuk 'Gerakan Terjemahan Abbasiyah dan Kebolehsesuaiannya Terhadap Iklim Terjemahan di Negara Brunei Darussalam: Satu Catatan Reflektif'.

Pembentangan kali ini mengulas dengan lebih lanjut mengenai kegiatan penterjemahan di Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam aspek terjemahan Abbasiyah.

Pemakalah juga turut mengetengahkan pembelajaran dalam bidang penterjemahan, terutama sekali dalam melahirkan para penterjemah yang berpengetahuan dan berkemahiran, bukan sahaja dalam bidang ilmu dan teknik penterjemahan, tetapi juga dalam membina prasarana atau teknologi yang boleh memudahkan proses tersebut.

Kongres juga antara lain berobjektif untuk menggabungkan para pakar bahasa, sastera dan budaya di peringkat antarabangsa dan tanah air dalam upaya untuk berkongsi pengetahuan, ilmu dan gagasan melalui dinamika pengetahuan, pengalaman dan tingkat kepakaran tertentu.

Seramai 23 orang pembentang makalah yang terdiri daripada tiga makalah ucaptama dan 20 makalah iringan dijadualkan untuk membentangkan kertas kerja masing-masing sepanjang KABSBM.

Siri KABSBM sempena Bulan Bahasa anjuran DBP Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diadakan secara maya melalui penstriman platform Facebook 'DBP Brunei' dan aplikasi Zoom.

Seramai 167 orang pelayar menghadiri KABSBM secara maya yang terdiri daripada Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Timbalan Pengarah DBP Brunei, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak; para pemakalah dari dalam dan luar negara; rakan-rakan strategik DBP; para pegawai kanan kerajaan; dan para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara.

Penyelenggaraan KABSBM dengan tema utama 'Bahasa Jiwa Bangsa' ini juga turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP, iaitu UBD, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei (MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 4/14/2022 9:18 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 4/14/2022 9:18 AM by Nisbah Binti Hj Merusin