Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ihsan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 April. - Kepesatan
perkembangan internet khususnya dalam era teknologi maklumat pada
ketika ini menjadikan kebanyakan perkara menjadi lebih mudah dan cepat
untuk diperoleh khususnya dalam mencari pelbagai sumber maklumat.
Walaupun
demikian, dengan adanya sumber maklumat yang meluas ini, adalah sukar
untuk menilai sama ada maklumat yang diperoleh itu adalah betul dan
boleh dipercayai.
Justeru,
perpustakaan memainkan peranan penting sebagai sebuah institusi
penyedia maklumat dan bertanggungjawab dalam mendidik dan memberikan
pengetahuan kepada orang ramai.
Malah
memudah cara yang betul untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan
maklumat berkenaan untuk membantu dalam apa jua keperluan mereka.
Sehubungan
itu, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Unit Rujukan Umum
dan Sumber Elektronik mengendalikan buat julung kalinya mengadakan
Bengkel Literasi Maklumat diruang bacaan, unit tersebut, baru-baru ini.
Seramai
20 pelajar IBTE Sultan Saiful Rizal telah mengikuti bengkel selama dua
hari dengan tunjuk ajar daripada fasilitator bengkel terdiri
pustakawan-pustakawan unit tersebut.
Bengkel
antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
dalam pencarian maklumat dengan lebih tepat, mudah dan cepat.
Ia
juga dapat membantu pengguna untuk berfikir secara rasional dalam
mencari dan mendapatkan maklumat yang relevan, efisien dan tepat.
Setentunya
harapan pihak Perpustakaan DBP dengan adanya bengkel seumpama ini akan
dapat membantu terutama sekali golongan pelajar yang banyak melaksanakan
penyelidikan untuk kertas kerja atau tugasan yang diberikan semasa
pembelajaran.
Selain
itu, dapat melahirkan masyarakat yang berkemahiran dalam literasi
maklumat yang akan dapat membantu untuk menghasilkan rakyat yang
berpendidikan tinggi dan berkemahiran sejajar dengan Wawasan Brunei
2035.
Dipetik daripada Pelita Brunei