Oleh : Aimi Sani / Foto : Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mei. - Siri
Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan
Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui
Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah diadakan secara maya
melalui penstriman platform Facebook 'DBP Brunei' dan aplikasi Zoom,
hari ini.
Siri
Pembentangan Ke-14 ini menampilkan pemakalah yang berasal dari
Perancis, Jururunding Syarikat PrepAsia, Perancis iaitu Dr. Laurent
Metzger.
Manakala
Pengerusi Kongres pula ialah Pegawai Bahasa, DBP Brunei, Awang Raieham
bin Mohd. Salleh. Kongres kali ini mengupas aspek bahasa dengan tajuk
'Kekayaan Perbendaharaan Kata dalam Bahasa Melayu-Indonesia'.
Antara
yang dihuraikan ialah kekayaan perbendaharaan kata dalam bahasa
Melayu-Indonesia yang mempunyai pelbagai sifat yang sangat menarik dan
bagaimana sesuatu peribahasa itu mempunyai kepelbagaian makna dari satu
bahasa ke bahasa yang lain.
Dalam
pembentangan tersebut, Dr. Laurent turut menyatakan bahawa dunia
menghadapi ancaman daripada bahasa Inggeris yang dalam proses
mempengaruhi semua bahasa termasuk bahasa Melayu-Indonesia dan Perancis.
Secara
kesimpulannya, kertas kerja yang dibentangkan bertujuan untuk
menunjukkan betapa luas perbendaharaan kata bahasa Melayu-Indonesia.
Seramai
128 orang pelayar menghadiri KABSBM secara maya yang terdiri daripada
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B)
Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok
Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan),
KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.
Turut
hadir, Pemangku Pengarah DBP Brunei, Awang Suip bin Haji Abd. Wahab;
Pemangku Timbalan Pengarah DBP Brunei, Dayang Hajah Sariani binti Haji
Ishak; para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik
DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pencinta bahasa, sastera dan
budaya dari dalam dan luar negara.
Penyelenggaraan
KABSBM dengan tema utama 'Bahasa Jiwa Bangsa' ini turut didukung
bersama oleh rakan-rakan strategik DBP iaitu Universiti Brunei
Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei
(MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).
KABSBM
dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun 2022 dengan
pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan
Rabu.
Kongres
ini juga antara lain berobjektif untuk menggabungkan pakar-pakar
bahasa, sastera dan budaya di peringkat antarabangsa dan tanah air dalam
upaya untuk berkongsi pengetahuan, ilmu dan gagasan melalui dinamika
pengetahuan, pengalaman dan tingkat kepakaran tertentu.
Seramai
23 pembentang makalah yang terdiri daripada tiga makalah ucaptama dan
20 makalah iringan dijadualkan untuk membentangkan kertas kerja
masing-masing sepanjang KABSBM.
Dipetik daripada Pelita Brunei