Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

DBP Tubuh Sudut Bacaan Untuk Peachtree Playhouse

DBP tubuh Sudut Bacaan untuk Peachtree Playhouse 2.PNG

Berita dan Foto : Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka

SALAMBIGAR, Isnin, 7 November. - Dalam usaha untuk memupuk minat membaca dan cintakan buku dalam kalangan kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menubuhkan Sudut Bacaan Khas untuk Peachtree Playhouse, di sini.

Sehubungan itu, Majlis Perasmian Sudut Bacaan Peachtree Playhouse disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

Sudut Bacaan tersebut merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan DBP dalam menyediakan koleksi bahan bacaan bersesuaian bagi memenuhi pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dengan memenuhi fizikal, sosial dan intelektual kanak-kanak.

Sudut Bacaan itu menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan pembelajaran awal seperti buku bergambar (picture book) dan buku-buku cerita yang bersesuaian mengikut peringkat umur.

Purata kira-kira 100 hingga 200 buah buku dalam bahasa Inggeris disediakan dan buku-buku berkenaan akan ditukar setiap tiga hingga enam bulan sekali mengikut keperluan dan permintaan pihak Peachtree Playhouse.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/8/2022 3:33 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/8/2022 3:33 PM by Nisbah Binti Hj Merusin