Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Mengaktifkan Penyelidikan Budaya

‚ÄčMengaktifkan penyelidikan budaya 2.PNG

Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

TUTONG, Khamis, 10 November. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan akan mengungkayahkan Projek Penyelidikan Bahasa dan Kalimat Tua sebagai satu lagi upaya untuk menggerakaktifkan penyelidikan budaya dan seterusnya mendokumentasikan hasil pengumpulannya. Projek ini dirancang akan mula dilaksanakan pada Disember 2022.

Pengungkayahan projek penyelidikan ini juga adalah sebagai usaha untuk menjejaki kewujudan bahasa dan kalimat tua yang pernah dituturkan dan digunakan oleh masyarakat Brunei untuk diperkenalkan semula menerusi pendokumentasian.

Selain itu, mengetengahkan dan menyerlahkan semula bahasa dan kalimat tua yang boleh diangkat dan distandardisasikan dalam penggunaan bahasa Melayu pada ketika kini dan akan datang serta berusaha, memelihara dan mendokumentasi khazanah seni budaya bangsa.

Mengaktifkan penyelidikan budaya.PNG

Projek Penyelidikan Bahasa dan Kalimat Tua ini akan menumpukan kajian lapangan iaitu menemu bual informan-informan yang dikenal pasti dari kesemua daerah.

Pelaksanaan projek ini dirancang menerusi penyelidikan kepustakaan pada November dan Disember 2022 iaitu Penyelidikan Lapangan di Daerah Belait pada Januari dan Februari 2023 manakala Penyelidikan Lapangan di Daerah Brunei dan Muara dari Mac hingga Jun 2023.

Seterusnya, Penyelidikan Lapangan di Daerah Temburong pada Julai dan Ogos 2023 dan Penyelidikan Lapangan di Daerah Tutong pada September dan Ogos 2023.

Taklimat bersama penghulu mukim dan ketua kampung serta warga emas dari kesemua daerah diadakan bagi memberikan penerangan yang jelas mengenai projek penyelidikan yang dilaksanakan untuk sama-sama membantu mendapatkan informan-informan penyelidikan di setiap daerah.

Bagi Daerah Tutong, taklimat diadakan pada hari ini bertempat Perpustakaan DBP, Tutong.

Hadir selaku tetamu khas bagi setiap taklimat dan seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

Penerangan mengenai Projek Penyelidikan Bahasa dan Kalimat Tua akan disampaikan oleh Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan, Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.

Seterusnya, penghuraian mengenai bahasa dan kalimat tua akan diterangkan oleh Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr dan Profesor Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid, Pakar Rujuk.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/12/2022 11:23 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/12/2022 11:23 AM by Nisbah Binti Hj Merusin