Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pustaka Ria Meriahkan Cuti Sekolah

Pustaka ria meriahkan cuti sekolah 1.JPG

Oleh : Khartini Mohd Hamir / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

TEMBURONG, Sabtu, 19 September. - Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Daerah Temburong mengadakan beberapa program cuti sekolah sepanjang Cuti Penggal Persekolahan Kedua, bertemakan Pustaka Ria, yang sudah bermula sejak kelmarin, Jumaat hingga 20 September ini.

Pustaka Ria bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berkunjung ke perpustakaan, terutama sekali golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa, di samping itu, untuk meningkatkan penggunaan perpustakaan, mempromosi perkhidmatan juga kemudahan yang disediakan kepada orang ramai.

Pelbagai aktiviti perpustakaan turut diadakan bagi memeriahkan suasana acara, antaranya seperti kahoot, cari benda tersembunyi, warna mengikut nombor, cari kata dan rodlit.

Selain itu, sebagai salah satu pengisian program juga diadakan, Bengkel Pengenalan 7 Dialek, yang dikendalikan oleh Unit Perkamusan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP, Berakas; dan penjualan pelbagai barangan daripada pengusaha-pengusaha tempatan juga para belia.

Melalui acara tersebut, pihak perpustakaan turut memberikan penghargaan dan hadiah sebagai galakan juga dorongan kepada pengunjung yang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan, di mana secara tidak langsung dapat membantu pembelajaran dan mengisi masa lapang kanak-kanak, khususnya semasa cuti persekolahan ini, dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan memberikan manfaat bersama.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 9/24/2020 10:57 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 9/24/2020 10:57 AM by Nisbah Binti Hj Merusin