Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MOHAMMAD ADI SALIHIN BAWA PULANG PINGAT PERAK

​[Siaran Akhbar : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan] Foto: Ak Hussni bin Pg Hassan - KKBS

BERAKAS, Sabtu, 15 September 2015 - Pasukan Wushu yang terdiri seramai tujuh orang pegawai dan atlet telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas bersaing di Sukan Malaysia (SUKMA) XIX, Perak 2018.

Berada di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

wushu-airport15.09.18-2.JPG

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

Atlet sukan Wushu negara telah berjaya memenangi pingat pertama negara pada kejohanan tersebut selepas merangkul perak dalam acara Nanquan Lelaki melalui Mohammad Adi Salihin bin Roslan dengan mengutip 9.50 mata selepas tewas kepada pemenang pingat emas, Calvin Lee Wai Leong dari Negeri Sembilan yang mengutip 9.54 mata. Manakala Chuah Shangyang, atlet Pulau Pinang berjaya mendapat pingat gangsa dengan mengutip 9.48 mata. 

Wushu-airport15.09.18-group photo.JPG

Attachments
Created at 9/17/2018 9:58 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/17/2018 11:02 AM by Lee Chin Foo