Turut hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Bulan Bahasa 2024, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya, ketua-ketua persatuan, pegawai-pegawai kanan, para penulis serta para pencinta bahasa dan sastera.
Bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Awang Faizal bin Janip, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.
Majlis ini merupakan penanda dan pemula acara bagi Sambutan Bulan Bahasa 2024 dan kegiatan sempena Bulan Bahasa yang dirancang sepanjang tahun (Julai 2024 hingga Jun 2025). Manakala acara kemuncak Sambutan Bulan Bahasa 2024 dengan tema “Memperkasakan Bahasa Melayu" akan berlangsung pada hari Rabu – Khamis, 26 – 27 Zulhijah 1445 bersamaan 3 – 4 Julai 2024 bertempat di Ruang Legar, Pusat Membeli-Belah The Mall, Gadong.