Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ASIA TENGGARA (SAKAT), 2024

IMG_0064.JPG

Sebelum pembentangan ucaptama, majlis didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka selaku Pengerusi Mastera Brunei Darussalam. ​

Seminar selama dua hari ini mengangkat perbincangan yang menjurus kepada keberadaan sastera dalam industri kreatif yang berupaya mendepani cabaran dan perbincangan terutama dalam pembentukan industri kreatif yang produktif, kondusif, relevan dan mapan. 

Perbincangan juga meliputi subtema seperti sastera dalam pasaran ekonomi kreatif; perkembangan dan pengurusan sastera dalam platform media baharu; pembangunan aplikasi dan produk sastera dalam domain teknologi baharu; dan peranan elit sastera dan ekonomi dalam pemantapan industri kreatif.​​

Seminar turut dihadiri oleh para perwakilan Negara Anggota Mastera, iaitu Mastera Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura, pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, guru, mahasiswa, penulis, penggiat dan pencinta bahasa dan sastera tanah air. ​
Attachments
Created at 10/2/2024 4:22 PM by Rafidah.mokhtar
Last modified at 10/4/2024 10:25 AM by Rafidah.mokhtar