
Analisis beliau terhadap tiga buah puisi esei dari rantau ini, iaitu "Sapu Tangan Fang Yin" (Indonesia), "Tingkah Seorang Pahlawan" karya Aminah Sambion (Malaysia) dan "Perintah Kanun Jenayah Syariah: Neraca Allah" oleh Adi Rumi (Brunei) memperlihatkan keragaman tema tetapi menyatu dalam semangat kebersamaan.
Turut hadir, Yang Berbahagia Datuk Jasni bin Matlani, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA); Yang Berusaha Tuan Haji Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia; Yang Berusaha Encik Abang Haliman bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera; Yang Berusaha Puan Jennitah binti Noordin, Pengarah DBP Cawangan Sabah; Ketua-ketua Bahagian DBP, Ketua-ketua Editor DBP, karyawan DBP, wakil persatuan, serta para penggiat sastera dari rantau ASEAN.