Peraduan yang diadakan secara tahunan ini membukakan sebanyak empat kategori, iaitu Kategori A (Majalah Mekar): Murid Tahun 5 dan 6; Kategori B: Pelajar Tahun 7 dan 8; Kategori C (Majalah Juara Pelajar): Pelajar Tahun 9, 10 dan 11 serta remaja berumur 16 hingga 18 tahun; dan Kategori D (Majalah Naindung): Pelajar sesi integrasi Tahun 4, 5 dan 6 serta Darjah 4 Sekolah Ugama.
Muncul sebagai juara bagi setiap kategori ialah:
🥇Kategori A: Awang Mohammad Haikal bin Haji Suhailee
🥇Kategori B: Awangku Ahmad Rakin Tahir bin Pengiran Abd. Razak
🥇Kategori C: Awang Muhammad Hadziq Syazwan bin Haji Md. Hassan
🥇Kategori D: Awang Muhammad Harris Al Muzaffar bin Ra’ame
Selain itu, turut disampaikan hadiah bagi Penyertaan Sekolah Terbaik Peraduan Menulis Karangan Naindung, Mekar dan Juara Pelajar DBP 2025 bagi Kategori A, B, C dan D, juga penerima Penghargaan Penjualan Majalah Terlaris majalah Naindung, Mekar dan Juara Pelajar tahun 2025.
Para pemenang menerima hadiah dan cenderamata berupa wang tunai, plak, sijil, majalah terbitan DBP serta hadiah tajaan daripada syarikat Imagine, Jerudong Park Country Club, Sabli Food Industries dan Rizqun International Hotel.