Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

DBP Tutong adakan aktiviti riadah

​[Sumber: Pelita Brunei]

TUTONG, 3 DIS – Dalam usaha berterusan untuk terus mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Daerah Tutong telah mengadakan aktiviti Riadah Berbasikal Santai 2019.

Aktiviti Riadah Berbasikal Santai 2019 ini diadakan sejauh 24 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah menarik minat lebih 50 peserta untuk menyertai acara itu.
Acara itu turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada Kumpulan Santai-santai Riders.

Turut hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan sukan Pengiran Haji Mohammad Hasnan Bin Pengiran Haji Ali Hassan.

Menurut salah seorang peserta, Awang Idris bin Haji Ali Bakar dari Kumpulan Santai-santai Riders menjelaskan dengan adanya acara seumpama ini, ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penggemar aktiviti berbasikal tetapi juga dapat memberikan manfaat kepada peserta khususnya kepada para belia-belia, kanak-kanak dan seluruh masyarakat di Daerah Tutong bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah, lebih-lebih semasa cuti penggal persekolahan yang baru sahaja bermula.



Attachments
Created at 8/5/2019 10:34 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/6/2020 10:52 AM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar