Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SMALLHB juarai Manifestasi Lakonan Sajak

Berita dan Foto : Saerah Haji Abdul Ghani


lakonan.png

BERAKAS, Jumaat, 6 Mac. – Dengan memperoleh markah 90.67 peratus, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Manifestasi Lakonan Sajak Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Tahun 2020.

Manakala naib juara disandang oleh Sekolah-sekolah Arab Rimba dengan markah 88.67 peratus diikuti tempat ketiga ialah Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dengan markah 85 peratus.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang berlangsung di Pentas Pesta Buku, Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah di sini ialah Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

Sebanyak 18 buah sekolah menyertai di peringkat saringan dan hanya empat buah sekolah layak ke peringkat akhir. Setiap pasukan terdiri daripada empat pelajar dan dikehendaki untuk melakonkan sebuah sajak yang berunsurkan semangat kebangsaan yang dihasilkan oleh penulis tempatan (Negara Brunei Darussalam).

Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Unit Akli tersebut bermatlamat sebagai penjana intelek dan kreativiti pelajar dalam penghasilan karya seni selain memupuk kesedaran dan kecintaan para pelajar terhadap pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu di Negara Brunei Darussalam.

Di samping itu, ia juga berperanan penting untuk mengangkat industri seni kreatif negara yang kaya dengan ketamadunan, calak Ke-Bruneian dan intelektualisasi kebangsaan.

Antara objektif pertandingan adalah bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa Melayu di kalangan pelajar serta memupuk minat dan kecintaan para pelajar terhadap bahasa dan sastera Melayu. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran seni lakonan serta mengetengahkan bakat para pelajar dalam bidang lakonan.

Attachments
Created at 3/7/2020 8:55 PM by Muhammad Zulfadhli Bin Hj Abd Hamid
Last modified at 3/7/2020 9:01 PM by Muhammad Zulfadhli Bin Hj Abd Hamid