Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DBP Bukakan Perkhidmatan Peminjaman Buku

‚ÄčBANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Mac. - Sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19, semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditutup kepada orang ramai.

Walaubagaimanapun Perpustakaan DBP, Perkhidmatan Peminjaman Buku masih dibukakan pada masa ini untuk memudahkan ahli dan orang ramai meminjam buku.

Berikut adalah tatacara untuk meminjam buku semasa perpustakaan DBP ditutup.

Cari dan dapatkan tajuk buku dan penulis (jika ada) melalui portal ePerpustakaan 'https://www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp/'.

Hubungi Hotline Perpustakaan DBP melalui aplikasi WhatsApp untuk proses menempah buku.

Ambil buku-buku yang telah ditempah pada tarikh yang telah dimaklumkan di antara pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4.15 petang di cawangan perpustakaan DBP yang telah dipilih.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi +673 8266880.


Attachments
Created at 4/2/2020 3:19 PM by Muhammad Zulfadhli Bin Hj Abd Hamid
Last modified at 4/2/2020 3:19 PM by Muhammad Zulfadhli Bin Hj Abd Hamid