Sabtu, 21 November 2020 – Perpustakaan
Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong mengadakan aktiviti perpustakaan
iaitu ‘Jualan Pustaka Ria Perpustakaan Temburong’ yang diadakan selama dua hari bermula pada hari Sabtu, 21 November hingga Ahad, 22 November 2020.
Aktiviti
jualan tersebut diadakan dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai berkunjung
ke perpustakaan terutama sekali golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sekali gus
untuk meningkatkan jumlah pengguna dan pelawat perpustakaan serta mempromosi
perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk orang ramai.
Terdapat
pelbagai jualan oleh usahawan tempatan yang mengikuti jualan
tersebut. Untuk pengetahuan orang ramai, bahawa aktiviti ‘Jualan Pustaka Ria
Perpustakaan Temburong’ akan diadakan sebulan sekali untuk memeriahkan lagi
pengunjung perpustakaan Daerah Temburong
ini.


Di samping
aktiviti jualan ini, perpustakaan juga mengadakan aktiviti lain seperti Kahoot,
Kraft, Membaca bersama pustakawan dan teka gaya.


