Acara dimulakan dengan ucapan kata sambutan
daripada Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Antara perkara yang turut disentuh ialah kegiatan-kegiatan yang akan dijalankan
sepanjang tahun 2021, disiplin kerja warga perkhidmatan awam, peringatan untuk
sentiasa mematuhi arahan kerajaan, di samping mengambil kira buah fikiran yang
diutarakan oleh warga kerja atau orang bawahan. Perhimpunan juga diteruskan
dengan makluman mengenai warga kerja yang akan bersara, warga kerja yang
dinaikkan pangkat dan warga perkhidmatan awam yang baru berkhidmat dengan DBP,
yang disampaikan oleh Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak, Pemangku Timbalan
Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.